Thursday, December 26, 2013

Anwar Ibrahim dan Pemimpin Kafir Dap Dalang Penganjuran Himpunan Guling Kerajaan


Beberapa pemimpin parti politik termasuk Anwar Ibrahim, pemimpin kafir cina Dap dan pemimpin parti politik kafir yang lain terlibat dalam beberapa siri perhimpunan haram di ibu negara termasuk Bersih sebelum ini dikesan menjadi dalang dalam penganjuran Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini.

Pemimpin terlibat juga merupakan individu sama yang sering memperalatkan golongan belia seperti penyokong Pas termasuk mahasiswa untuk menentang kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Mereka berselindung di sebalik persatuan yang ditubuhkan mahasiswa bertujuan bagi menarik orang ramai khususnya golongan muda untuk berhimpun pada hari tersebut.

Difahamkan, provokasi melampau itu turut menyebabkan seorang pemilik akaun Facebook yang kini diburu polis mengeluarkan kenyataan menghasut melakukan rusuhan selain meminta orang ramai membawa bom untuk tujuan itu.

"Siasatan jelas mendapati ada penglibatan beberapa pemimpin politik dan pihak berkuasa telah mengenal pasti mereka ini.

"Pemimpin politik yang menjadi dalang dalam penganjuran perhimpunan ini adalah mereka yang sentiasa mengeksploitasi mahasiswa dalam perhimpunan terdahulu termasuk Bersih," kata sumber itu ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Himpunan Guling Kerajaan yang dijangka diadakan pada 31 Disember ini mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan lebih 200 laporan polis dibuat di seluruh negara setakat ini bagi mendesak pihak berkuasa bertindak menghalangnya.

Sementara itu, difahamkan Pas di beberapa buah negeri membuat keputusan tidak akan menyertai perhimpunan haram tersebut kerana tidak bersetuju dengan usaha menggulingkan kerajaan melalui cara sedemikian dan tidak mahu lagi menjadi balaci Anwar dan kafir Dap.

Mereka menganggap tindakan mengadakan perhimpunan haram tersebut hanya akan menggugat ketenteraman dan keselamatan awam dan ditegah oleh Agama Islam.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.