Monday, December 2, 2013

Anwar Ibrahim Mohon Mahkamah Buang Perenggan Yang Mengaitkan Dirinya Sebagai Peliwat


Anwar Ibrahim memohon untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan terdahulu berhubung kes liwat pertamanya atas alasan kononnya perenggan itu merosakkan reputasi dan secara berterusan digunakan untuk merujuk dirinya sebagai pelaku homoseksual.

Peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakilinya memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini, perenggan tersebut juga diterbitkan secara meluas dan digunakan oleh pihak tertentu sebagai justifikasi bagi mengutuk anak guamnya sebagai pengamal seks songsang.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup berhujah agar permohonan semakan ditolak atas alasan mahkamah hanya boleh menyemak keputusan terdahulu sedangkan Anwar memohon memadam satu perenggan dalam penghakiman yang telah memihak kepadanya, sembilan tahun kemudian.

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang bersidang bersama Datuk Seri Zaleha Zahari, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali menetapkan permohonan semakan itu diputuskan pada satu tarikh lain.


2 comments:

  1. Change to "pelawat anus"...

    ReplyDelete
  2. Main wayang lagi si sarkas ni....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.