Tuesday, December 17, 2013

Anwar Ibrahim Mula Serang Peribadi Muhammad Shafee Abdullah


Datuk Seri Anwar Ibrahim mula membuat serangan peribadi dengan menuduh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengambil peranan sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam rayuan kes liwatnya dengan harapan untuk menjadi bakal Peguam Negara.

Sebelum ini Anwar Ibrahim gagal dalam percubaan terakhirnya untuk melucutkan kelayakan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pendakwaan dalam rayuan berhubung pembebasan ketua pembangkang itu daripada satu pertuduhan liwat.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, sebulat suara menolak rayuan Anwar.
Anwar Ibrahim tidak puashati ke atas keputusan daripada panel hakim dan kini menuduh Shafee bercita-cita untuk menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara.

Anwar Ibrahim mendakwa lagi kononnya barisan pendakwa tidak akan dapat mengendalikan kes itu dengan adil kerana Shafee cenderung dan berpihak kepada perdana menteri serta pemimpin kanan kerajaan yang lain dengan memastikan mereka tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan, supaya peguam Umno itu boleh dianugerahkan jawatan Peguam Negara yang amat diidamkan itu.

Anwar memfailkan afidavit itu semalam dan permohonan akan didengar di Mahkamah Rayuan pada Khamis ini.

Anwar dibebaskan tahun lalu daripada kesalahan meliwat 
bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan hanya atas kesilapan teknikal apabila pihak pendakwa telah bersengkongkol dengan Tim peguam Anwar Ibrahim.

Sementara itu beberapa banner telah dipasang di beberapa kawasan di Kuala Lumpur yang menunjukkan sokongan Anwar Ibrahim terhadap LGBT. 

7 comments:

  1. Anwar Ibrahim memang manusia jenis dendam kesumat, apa pun jadi dia tetap nak orang sanjung dia lebih daripda orang2 lain di Malaysia. Above the others and above the law. Manusia jenis apa lah ini.....menyusahkan orang lain yang hanya sekadar mencari rezeki yang halah dan tak ada kena mengena dengan politik dan kes-kesnya.

    ReplyDelete
  2. Orang macam ini pun PAS nak sokong.

    ReplyDelete
  3. kita misti sedar, selagi anuar tak mampos itulah kerja kat dunia yg dia lakukan, sokong gay, sokong peliwat, sokong penzina dan yg sekutu denganya.......

    ReplyDelete
  4. bicara lah dulu,kalau kali ini hakim bebaskan, barulah banyak cakap, kenapa kamu Anwar takut kepada kebenaran, kalau kamu betul, betul lah, bicara dulu, kamu memang menyusahkan rakyat, sedarlah sikit,..dulu kamu escape sebab masaalah teknikal, kalau susah sangat angkat sumpah saja lah... apa punya manusia..pandai putar belit..

    ReplyDelete
  5. Awat macai2 diatas termasuk Fazillah marah sgt dgn DSAI ade kemungkinan hangpa semua prnh diliwat nya tu psl mcm2 tuduhan hangpa kata kt dia...... rasanya hidup dia lebih senang dr hangpa atau pn hati hangpa lebih busuk dr dia... relexlh bro Saiful yg kena liwat pn x meroyan krn disetuju diliwat ! yg hangpa kecok psl ape? tak kebahalul namenya.....

    ReplyDelete
  6. Saudara Anonymous 9.50pm...kami tak kecoh dan jangan bacul sangat mulut tu, berbicara lah secara berhemah kalau anda seorang muslim. Cuma kami simpati dengan majoriti rakyat Malaysia ( the silent Majority) yang terganggu pencarian rezeki mereka disebabkan oleh kerenah Anwar dan kuncu2nya.

    ReplyDelete
  7. Anoy 10.03pm setahu gua Anwar tak sekat rezeki rakyat yg tibai duit rakyat dgn keterisan n penyelewengan dana awam parti memerintah, kalau pemimpn PR pasti SPRM dakwa bro....di negeri2 PR rakyat mencari rezeki, sape berkebolehan n kerja kuat mrk dpt disini tiada amalan kroni n projek bagi pada ahli parti PR bkn mcm negeri ditadbir Umporno semua amalan kroni shj........

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.