Thursday, December 12, 2013

Anwar Kini 'Kebal' Undang-Undang Tiada Siapa Boleh Mendakwa Beliau


Proses rayuan pihak pendakwaan bagi kes Anwar meliwat yang melibatkan Anwar Ibrahim yang dijadualkan hari ini terpaksa ditunda kerana Anwar sengaja tidak hadir. Alasan bodoh yang diberikan oleh peguam beliau ialah Ketua Pakatan Haram itu berada di Washington untuk menghadiri seminar (gambar). 

Pihak Pendakwa membangkitkan perkara ini dalam kamar sambil membuat bantahan ke atas kegagalan Anwar untuk hadir. Menurutnya, dalam sebarang perbicaraan jenayah, responden adalah wajib hadir.

Tindakan Anwar mengambil ringan perbicaraan ke atas dirinya membuktikan bahawa beliau tidak pernah menghormati keadilan. Sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar telah menunjukkan sikap paling tidak bertanggungjawab dan biadap terhadap undang-undang negara.

Lebih biadap lagi apabila di masa yang sama Anwar memuatnaik gambarnya dengan pelajar universiti di Washington dalam keadaan santai seolah tiada apa-apa yang penting yang harus ditanganinya di tanah air. 

Perlu diingatkan bahawa pada ketika yang sama, rakyat negara ini sedang berhadapan dengan bencana banjir paling buruk. Sekurang-kurangnya, Anwar boleh menolak untuk hadir ke seminar atas alasan ingin membantu rakyat. Namun, ini tidak berlaku.

Anwar kini beranggapan tiada siapa yang boleh mendakwa beliau kerana beliau sudah 'kebal' kerana dikelilingi oleh peguam-peguam yang handal mencipta pembohongan.

Walau Anwar menghina mahkamah sekalipun belum tentu mahkamah boleh menjatuhkan apa-apa hukuman terhadapnya.

3 comments:

  1. Mari kita lihat apakah tindakan Gani 4 tahil seterusnya

    ReplyDelete
  2. jawapan saya Pemimpin BN Lembik !!! semua sekali LEmBIK sembang berdentam berdentum tapi hasilnya LEMBIK lembik dan LEMBIK mampos laaa

    ReplyDelete
  3. Haprak betoilh admin sg rapat ni, sape kata DSAI kebal undang2, kalau dia hina mahkamah tentulah hakim amik tindakan.. tu lh kalau ahli umporno cara lu br pk pn org dh tahu......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.