Thursday, December 12, 2013

Aziz Bari dedah Ada Pemimpin Pas Yang Tidak Mahu Hudud dilaksanakan di Kelantan


Kelantan meluluskan undang-undang hudud pada 1993 dan selepas 20 tahun dibawah pemerintahan Nik Aziz dan tiada apa-apa yang berlaku. Alasan yang biasa digunakan, ia tidak boleh dilakukan kerana halangan kerajaan BN. Alasan inilah yang membuatkan Pas seolah-olah disekat daripada melaksanakan hukum hudud oleh kerajaan BN. Sebenarnya Pas sudah boleh melaksanakan hudud tanpa kelulusan daripada kerajaan Persekutuan.

Menurut Dr Abdul Aziz Bari lagi, ada diantara pemimpin Pas sendiri yang keliru dan tidak tahu menahu tentang hukum hudud.

Katanya, walaupun menteri besar sebelum ini Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju hudud boleh dilaksanakan tanpa pindaan perlembagaan, masih terdapat pemimpin PAS yang beranggapan sebaliknya,

Aziz Bari antaranya berpendapat, Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan boleh dilaksanakan tanpa melibatkan pindaan perlembagaan kerana hal ehwal agama tertakluk bawah kuasa negeri.

Pandangannya bahawa pelaksanan hudud hanya memerlukan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah 1965 itu menerima tentangan dari banyak pihak.

Aziz Bari menasihati pemimpin Pas agar tidak menyalahkan kerajaan Persekutuan bila hudud tidak dilaksanakan di negeri Kelantan kerana faktor utama adalah terdapat kepada pemimpin Pas dan pakatan rakyat sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.