Thursday, December 12, 2013

Berita Terkini: KDN Mengesahkan Mat Sabu Terlibat Dalam Fahaman Syiah


Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu 121 merupakan pemimpin nombor dua parti itu yang cenderung dan terlibat dalam fahaman Syiah.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar khas hari ini menyenaraikan 10 maklumat yang mengesahkan penglibatan pemimpin pembangkang itu dalam fahaman Syiah.

Antaranya, Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Ayatollah Khomeini melalui tulisannya bertajuk `Teladan pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah akhbar Harakah keluaran 15 Julai 2008.

Pemimpin Pas itu juga menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011.


Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui berharap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak termasuk dalam kalangan mereka yang bertaqiyyah berhubung penglibatannya dalam fahaman Syiah.

Beliau dalam nada sinis berkata, memang menjadi sifat pengikut fahaman Syiah untuk bertaqiyyah dengan berpura-pura mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, tetapi berharap pemimpin Pas itu bukan sebahagian daripada golongan tersebut.

1 comment:

  1. Untung melayu Qardiani langsung KDN tak berani kacau, Zahid pn x sentuh ajaran mrk krn 100% pengikut mrk sokong umporno/BN... ikrar mrk sejak zaman Tun M lagi "Kami sokong Umporno tapi tolong jgn kacau/ganggo aktiviti kami..... Hidup Qardiani......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.