Tuesday, December 31, 2013

Guan Eng Tunjuk Cara Penjimatan Wang Rakyat Kepada Balaci-Balaci Kesayangannya, Malaysiakini Tak Lapor


Penyokong Pas yang berkiblatkan Lim Guan Eng boleh tersenyum lebar apabila Lim Guan Eng yang digelar Khalifah Umar Abd Aziz Pas berjaya membuktikan mereka mampu menjimatkan wang rakyat.

Sebelum ini Guan Eng menyumbat penyokong Pas dengan menaikkan sedikit belanjawan Agama Islam Pulau Pinang walaupun hanya separuh sahaja dibenarkan digunakan.

Dengan itu Guan Eng bebas membuat apa sahaja terhadap wang rakyat kerana semua balaci-balacinya termasuk pesuruhjaya pas Pulau Pinang Mat Sabu telah disumbat dengan wang.

Tindakan Guan Eng membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S300L bagi kegunaan dirinya adalah satu tindakan yang paling jijik buat rakyat Pulau Pinang dan penyokongnya.

Dikala rakyat dihimpit dengan dengan kenaikan harga barang akibat komplot daripada peniaga cina, Lim Guan Eng dengan sesuka hati membelanjakan hampir RM700,000.00 hanya untuk dirinya.

Harga sebenar bagi Mercedes-Benz S300L yang menjadi hak Guan Eng itu adalah RM657,218.

Bagaimana keadaan balaci-balaci Dap ini jika sekiranya YAB Dato Sri Mohd Najib yang membeli dan menggunakan kereta tersebut? sudah semestinya satu perhimpunan raksasa guling kerajaan akan dibuat sehingga PM menjual semula kereta tersebut.


Itulah nasib balaci-balaci Dap yang dianggotai oleh penyokong Pas yang tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

Mereka akan menentang jika pemimpin itu bukan dikalangan parti mereka dan jika pemimpin dikalangan parti mereka, buat benda haram pun mereka sokong.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.