Tuesday, December 31, 2013

Terkini Guling Kerajaan: Peserta himpunan mula rempuh penghadang keselamatan Dataran Merdeka





Perserta perhimpunan haram merempuh masuk penghadang yang dibuat pasukan keselamatan di Dataran Merdeka untuk sambutan ambang Tahun Batu, jam 11.03 malam ini.

Mereka berarak sambil melaung slogan 'Turun' sehingga mengganggu perjalanan sambutan ambang tahun baru. Sebelum ini mereka menafikan penglibatan parti pembangkang dalam perhimpunan haram untuk guling kerajaan.


Tetapi malam ini disahkan perhimpunan haram ini didalangi oleh parti pembangkang apabila tiga pemimpin Pas termasuk Naib Presiden parti itu, Salahudin Ayub muncul bersama-sama geng baju hitam yang berhimpun dan mengadakan demonstrasi haram di ibu negara.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat dan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu, Dr. Zulkifli Ahmad juga kelihatan.

Di samping itu, turut kelihatan ialah Naib Ketua Pemuda Pas Perak, Khairil Nizam Khairuddin; Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin, atau Chegubard dan Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Mohamad Azan Safar.

Mereka dikesan berucap bergilir-gilir untuk menaikkan semangat anak-anak muda dan menyeru orang ramai bergerak ke Dataran Merdeka.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.