Thursday, December 5, 2013

Haji Hadi Fitnah Saya, Saya Perlu Saman Secukupnya - Mohd Shamsul


DIFITNAH jual pil kuda, calon PKR DUN Bukit Besi PRU 13, Mohd Shamsul Mat Amin telah failkan saman Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pagi tadi. 

"Saya tidak menyangka seorang yang bergelar Haji dan pemimpin parti Islam pula sanggup menaburkan fitnah terhadap saya", kata Shamsul.

Antara Intipati sidang media oleh Mohd Shamsul pagi tadi.

1) Menyatakan bahawa dia akan meneruskan saman terhadap Abdul Hadi Awang kerana memfitnah beliau terlibat dengan kes menjual pil kuda.

2) Saman ini dibuat adalah bagi membersihkan nama beliau kerana beliau tidak pernah terlibat dengan kes pil kuda seperti mana dinyatakan oleh pihak berkenaan iaitu Haji Hadi Awang.

3) Beliau telah menghantar surat kepada Hadi pada 22 Oktober 2013 yang mana isi tersebut adalah untuk meminta Hadi memohon maaf kepada beliau namun Hadi tidak memperdulikannya.

4) Pada 7 Nov 2013 peguam Hadi berbohong dan menjawab surat beliau dan menyatakan bahawa Hadi tidak pernah memfitnah beliau terlibat dengan penjualan pil kuda.

5) Beliau memfailkan saman ini kerana terasa tertekan dan tidak berpuas hati terhadap fitnah jijik yang dibuat oleh Hadi keatas diri beliau.


0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.