Wednesday, December 18, 2013

Halang Kenaikan Tol hanya Retorik Politik Pakatan Haram


Kerajaan Pakatan Haram Selangor kononnya akan menggunakan kedudukannya sebagai pemilik saham didalam tiga syarikat konsesi lebuh raya di negeri itu KESAS hanya 30% dan Lebuhraya Sprint hanya 20% untuk menghentikan kenaikan tol hanya retorik politik sahaja.

Mereka sendiri tahu mereka pun mahu tol di tiga lebuhraya itu dinaikkan tetapi demi politik, demi untuk mendapat sokongan politik daripada pecacai mereka sanggup memukul canang.

Idea ini dicetuskan oleh penasihat ekonomi Selangor bergaji RM1 tapi 'claim' RM1.5juta Anwar Ibrahim demi untuk mendapat sokongan dan seterusnya berkuasa di negeri Selangor.

Dengan hanya memegang saham di ketiga-tiga lebuh raya itu, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) 30%, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP)20% dan Lebuh Raya Sprint 20% apa yang PKNS mampu lakukan.

Penasihat kewangan Selangor bergaji RM1 mengutuk kerajaan persekutuan kerana menaikkan tol tetapi setakat ini Lebuhraya Plus tidak pernah mengumumkan kenaikan. Kenaikan hanya berlaku di lebuhraya yang berada dalam negeri pakatan haram Selangor.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.