Monday, December 23, 2013

Isu Kenaikan Tol: Kerajaan Nak Ambil Hati Pelabur atau Nak ambil Hati Rakyat?


Menteri 
Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dalam satu kenyataan medianya berkata, kerajaan perlu menghormati perjanjian konsesi ditandatangani untuk terus mendapat keyakinan pelabur. 

Walaubagaimanapun katanya kerajaan masih mempertimbangkan langkah untuk mengurangkan implikasi kenaikan harga tol kepada rakyat namun perjanjian tersebut perlu dihormati.

Menurutnya,bahawa berdasarkan perjanjian konsesi sedia ada, terdapat beberapa lebuh raya di mana kadar tol akan dinaikkan pada tahun 2014.

"Namun, kerajaan masih belum mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.

"Sebaliknya, kerajaan masih lagi mempertimbangkan langkah-langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuklah mengadakan makmal yang dikendalikan oleh Pemandu untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol pada tahun 2014," katanya.

Rakyat akan hormat konsesi jika perjanjian tidak berat sebelah.
Kalau pemegang konsesi membuat obscene profit dan terus menerus mahu menaikkan kadar itu tak adil kepada rakyat.
Pemegang konsesi biasa sudah membuat keuntungan semasa projek pembinaan sedang berjalan dengan memberi tender pembinaan kepada anak-anak syarikat yg keuntungannya telah dijamin oleh kerajaan.

Pembiayaannya juga disubsidi oleh kerajaan dengan kadar faedah yang sangat rendah. Mendapat tanah yang cukup stratejik dan mempunyai nilai komersial yang cukup tinggi.

Bila tol bermula, maka trafiknya akan di jamin oleh kerajaan dan jika syarikat menghadapi kerugian kerajaan akan membayar pampasan kepada syarikat tersebut. 

Tetapi apabila aliran trafiknya berlebihan dan mereka beroleh keuntungan berlipat-lipat ganda maka mereka mendiamkan diri.

Apakah ini adil buat rakyat yang menjadi pembayar tol. Kenapa kerajaan tidak bercadang untuk membuat rundingan semula? Difahamkan pemegang saham terbesar dalam syarikat konsesi lebuhraya adalah syarikat berkaitan GLC.

Kenapa kerajaan terlalu takut atau hormat dengan pelabur. Jika perjanjian dilihat berat sebelah kerajaan perlu menilai semula perjanjian tersebut.

Apa pun isu ini berjaya dipergunakan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunnya untuk melancarkan Himpunan Guling Kerajaan yang akan diadakan pada malam 31 Disember di Dataran Merdeka.

1 comment:

  1. Haprak pya Admin, lu ingat senang ke nk guling kerajaan? dgn kekuatan 2 Batalion Tentera pn belum tentu boleh berjaya, apalagi berhimpun dgn tangan kosong, berfikirlh dgn kepala lutut sikit.....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.