Sunday, December 8, 2013

Kekejaman DAP Terhadap Rakyat dan Penipuan Semasa PRU akan saya Dedahkan - R. K. Muthu


Bekas Penyelaras Ahli Parlimen Ipoh Barat, R. K. Muthu menuntut M. Kulasegaran membayar tunggakan elaunnya selama 30 bulan berjumlah RM64,353 dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.
Muthu berkata, beliau yang berkhidmat di bawah Naib Pengerusi DAP itu sejak September 2010 sehingga Mac tahun ini, telah banyak menghabiskan wangnya sendiri untuk turun padang meninjau serta menyelesaikan masalah rakyat di Parlimen tersebut.

Tambahnya, sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi beliau tidak teragak-agak membuat laporan polis serta membongkar 'kekejaman' dan penipuan Kulasegaran sebagai Ahli Parlimen selama tiga penggal seterusnya membuat tuntutan di mahkamah sivil.

"Saya menghadapi banyak masalah kewangan dan hampir separuh wang pencen saya yang berjumlah RM1,500 digunakan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

"Perkara ini telah pun saya adukan secara bertulis kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh termasuk Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham pada Jun lalu, namun tiada sebarang tindakan diambil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, beliau telah menerima surat penyingkiran daripada DAP pada 15 April lalu, tanpa memperoleh hak untuk membela diri.

"Banyak penipuan yang dilakukan oleh pemimpin DAP yang rakyat tidak tahu semasa PRU13 yang lalu. Pemimpin Dap juga banyak menyeleweng wang rakyat demi untuk kepentingan peribadi mereka".

"Dihadapan rakyat mereka berpura-pura baik tetapi apabila dibelakang rakyat wajah syaitan mereka terserlah. Mereka selalu mengajar rakyat dengan persepsi bahawa pemimpin Umno kaki rasuah tetapi sebenarnya mereka lebih teruk daripada pemimpin umno", kata Muthu lagi

2 comments:

  1. DAP seleweng wang rakyat? sebelum PRU 13 ... adakah cukai dipungut oleh DAP ? macam tak logik la statement ni

    ReplyDelete
  2. Hoi macai Muthu kalau pemimpin PR rasuah pasti kena tau, SPRM tunggu aje nk tangkap walaupn RM1 mmg ini arahan Pemimpin Umporno kalau PR rasuah mesti cari smpi lubang cacing... lu jgn nk gromal rakyat lah pariah.......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.