Wednesday, December 18, 2013

Kenyataan yang Menunjukkan Kebodohan Pemimpin Umno Sendiri



Apakah ini merupakan satu kenyataan yang terbaik daripada pemuda umno? atau menunjukkan tahap kebodohan pemimpin pelapis umno itu sendiri.

Apabila beliau sendiri mempertikaikan bayaran yang dibuat oleh kerajaan sejumlah RM400juta kemana akan pergi.

Inilah masalahnya pemimpin umno gagal untuk mempertahankan ketua mereka yang kini teruk di 'belasah' oleh pembangkang. Berbeza dengan pembangkang sendiri walaupun ketua mereka terlibat dalam salahlaku moral mereka tetap mempertahankannya.

Sepatutnya sebagai pemimpin pelapis mereka sewajarnya mempertahankan setiap keputusan yang dibuat oleh ketua mereka dan jika tidak bersetuju mereka boleh berbincang dalam MT umno bukannya kenyataan media.

 

10 comments:

  1. bersuara pun kena kutuk dek blogger, tak bersuara pun kena kutuk, susah sungguh dalam umno ni yer ada je tak kena.pemuda umno kena jadi seorang yang lantang tak boleh jadi lembu kena cucuk hidung ja,barulah wujud keseimbangan dalam politik,pemimpin atasan tak boleh nak ikut kepala dia ja,kena ada elemen pendesak,pembangkang dalam parti supaya pemimpin atasan ni dapat sedar yang keputusan yang dibuat tidak bagus untuk rakyat.weh nak menang pru14 ke nak tersungkur disemua negeri? rakyat dah mendidih dah darah dengan kenaikan segalanya.

    ReplyDelete
  2. Tahniah pemuda.umno era 2013/14.
    Era bukan bodek dan ampu lagi.
    Ketua pun bukan semua betul banyak yang bengkok.
    Pemuda kena berani tegur.Bukan macam wanita sampai terlupa nak berjuang sampai jawatan menteri pun tak ada.Punya takut bayang orang lain.Ketua wanita umno apa ini.
    Itulah bezanya pemuda dgn wanita tulang belakang umno .

    ReplyDelete
  3. Masa Samy Vellu dulu dia juga ada cakap, kalu tak mau bayar tol, boleh guna jalan alternatif atau naik kapalterbang....Jadi, apa isunya yang nak mempertikaikan kenyataan mana-mana menteri. Kalau Pemuda mengambil pendekatan suka membidas, reaktif bagi setiap isu, hanya semata-mata supaya relevan sebagai pressure group, maknanya Pemuda sendiri ketandusan dan tidak proaktif.

    Kalau menteri kata, harga ayam naik, kurangkan makan ayam, makanlah itik angsa dan tempe, makananya menteri bermaksud mempelbagaikan option/pilihan. Janganlah tergolek-golek meragam sebab kempunan ayam goreng dan menganggap menteri kejam atau bodoh. Hakikatnya yang tergolek-golek itu yang bingai, pendek akal atau sengaja tunjuk ragam!!!

    Aku amat khuatir tahap kebijaksanaan dan EQ sesetengah pelapis ini, terutama GenY pasca merdeka yang tak kenal getah skrap dengan getah beku, cuma yang taksub mengenali lambang bintang jari 3, 4 cincin dan kacang buah pinggang itu.

    ReplyDelete
  4. Aku betul2 malu dapat NKeraP mcm ini...dengar cerita hajat nak jadi Menteri Besor Perak ek? Jangan harap la kulup Azwan weh...zambry pon memang saja bela kera ine..sebab bebal

    ReplyDelete
  5. ini pon satu bentuk kebodohan NKP ini...tak pasal2 semua kena tempias...buat malu kaum

    http://kulaanniring.blogspot.com/2013/12/kah3-nkp-azwanbro-kantoi-mop-lantai-dah.html

    ReplyDelete
  6. Meminjam kata2 Tun M (walaupn aku x suka Tun) yg masih tinggal n sokong umporno adelah mrk yg kurang cerdik, masing2 nk tunjuk 'akulh pembela bangsa/agama konon' padahal kaki bodek n ampu sana ampu sini.......yg betul2 nmpk cerdik KP KJ aje berani menegur x kira sape.....yg lain hancai bocai termasuk admin sg rapat n ahli umporno sg rapat.....jom tolak umporno.....

    ReplyDelete
  7. Bukan tak boleh mempertikaikan kepimpinan ketua tetapi mesti ada caranya bukan dengan melalui media, kita kan ada Majlis tertinggi Umno. Contohilah pemimpin pembangkang yang tidak pernah mempertikaikan ketua mereka walaupun mereka tidak berpuashati. Apakah ini bermakna Umno akan hancur pada PRU14

    ReplyDelete
  8. Pemuda Umno semakin hilang arah syok sendiri

    ReplyDelete
  9. Anon December 19, 2013 at 9:55 PM :

    ini nak suruh MT baca la nie...kalau antar surat senyap2 mmg senyap sampai kesudah

    ReplyDelete
  10. apa punya bodohnya... blogger ni bila ada pihak bersuara dan menyatakan fakta yg benar bagi pehak rakyat.. dia pula yang menpertikaikan kenyataan itu. nak jadi blogger ni biarlah faham sentimen rakyat dan isu semasa dan sekolah tu biarlah tinggi sikit...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.