Thursday, December 26, 2013

'Kerabat Diraja Perak' Gagal hadir Perbicaraan Di Mahkamah Singapura



LELAKI yang mendakwa dirinya sebagai anggota kerabat diraja negeri Perak, Ahmad Nizam Taja Aripin, yang sebelum ini dibicarakan di mahkamah atas tuduhan membantu seorang warga Malaysia menyeludup masuk ke negara Singapura, tidak hadir di mahkamah negara Singapura hari ini.

Beliau difahamkan telah meninggalkan Singapura, sepatutnya dijadualkan mendengar keputusan hakim tengah hari tadi.

Dia sebelum ini dilepaskan dengan ikat jamin $40,000.

Pihak pendakwa telah meminta agar waran untuk menangkapnya dikeluarkan.


Sebelum itu Ahmad Nizam Taja Aripin, 45 tahun dibicarakan atas tuduhan membantu seorang warga Malaysia menyeludup masuk ke negara Singapura secara haram.

Ahmad Nizam Taja Aripin, 45 tahun, dituduh melakukan demikian disertai seorang rakannya, Mohd Rizal Yahya, 34 tahun.

Menurut kertas pertuduhan, dia dituduh bersubahat dengan Mohd Rizal dan seorang lagi warga Malaysia, Saharuddin Mohd Sarif, 38 tahun, untuk membawa Saharuddin dengan bersembunyi dalam satu kenderaan pelbagaiguna(MPV) Hyundai Starex, untuk masuk ke Singapura.

Kejadian itu berlaku di Pusat Pemeriksaan Woodlands sekitar 1 petang pada 21 Mei tahun lalu.

Menurut undang-undang negara Singapura jika terbukti bersalah atas tuduhan itu, dia boleh dikenakan penjara di antara enam bulan hingga dua tahun dan disebat tidak kurang dari tiga kali.

Ahmad Nizam diwakili peguambela, Jason Dendroff, dari firma JP Dendroff & Co.

Dia juga menghadapi tuduhan bersubahat dengan Mohd Rizal, Saharuddin dan seorang lagi warga Malaysia, Mohamed Ridwan Zohree, 25 tahun, untuk membawa Saharuddin keluar dari Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands sekitar 3 petang.

Namun ketika itu, Saharuddin dikatakan gagal memberikan pasportnya kepada pihak Imigresen Singapura di Pusat Pemeriksaan Woodlands itu untuk diperiksa.

Jika terbukti bersalah, dia boleh dikenakan penjara di antara enam bulan hingga dua tahun dan denda sehingga $6,000.


1 comment:


  1. Assalamualaikum,


    Kami meminta jasa baik agar dapat menyenaraikan Rakyat News dalam blog list anda.

    Sekian, Jutaan Terima Kasih.


    Rakyat News

    http://www.rakyatnews.my/

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.