Monday, December 23, 2013

Malaysiakini Kata Polis Ganggu Peserta Demonstrasi 'Flashmob'


Polis Diraja Malaysia mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Demi untuk memastikan Malaysia sentiasa aman, setiap perbuatan yang boleh mendatangkan ketidakharmonian maka tugas Polis DiRaja Malaysia perlu membenteras perbuatan tersebut.


Begitulah yang terjadi  kepada penyokong pembangkang yang menganjurkan demonstrasi dengan menggunakan  flashmob di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur sepatutnya dicegah sebelum sesuatu tidak diingini terjadi.

Tindakan Polis merampas bahan-bahan yang digunakan dalam flashmob berkenaan, dan mereka turut dihalau keluar dari premis terbabit adalah satu tindakan yang wajar.

Namun Portal pembangkang Malaysiakini menuduh pihak polis cuba mengganggu peserta demonstrasi adalah tidak adil. Tuduhan itu kononnya pihak polis 
mengejar peserta demontrasi lebihkurang 40 orang peserta yangterdiri daripada penyokong pembangkang membawa menunjukkan poster di luar dan dalam kompleks beli-belah.

Pembangkang juga turut mengedarkan risalah menghasut kepada orang ramai agar membenci kerajaan.

'flash mob' itu juga adalah publisiti secara meluas terhadap Himpunan Guling Kerajaan yang akan diadakan pada malam 31 Disember di Dataran Merdeka.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.