Saturday, December 14, 2013

Maskahwin Hanya 'bimbingan ke jalan yang diredai Allah' Kini Wan Maimunah Bergelar Isteri


Aktres veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, kini bergelar isteri kepada usahawan makanan, Makpol Saimon, 53, hanya dengan mas kahwin 'bimbingan ke jalan yang diredai Allah' malam tadi.

Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah Jabatan Agama Johor (JAJ), Makhadzir Abdan pukul 8.20 malam dengan sekali lafaz berwalikan adik lelaki pengantin perempuan, Wan Hamzah.

Dramatis yang terkenal dengan watak air mata itu juga menerima sebentuk cincin dan gelang emas sebagai simbolik wang hantaran, disarungkan oleh suaminya ketika menyempurnakan upacara pembatalan air sembahyang.

Wan Maimunah yang anggun dalam busana berwarna putih rekaan Iezla Bridal, kelihatan menitiskan air mata sejurus pernikahan dan cuba ditenangkan oleh ahli keluarga serta sanak-saudara.


Ketika ditemui, dia menzahirkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana pada usia sedemikian, masih ada lelaki yang mahu mengahwininya.

"Sebab itulah saya tidak meminta wang ringgit atau harta sebagai mas kahwin, tetapi bimbingan oleh suami ke jalan yang diredai Allah.

"Dia (suami) sanggup memperisterikan saya dan menjadi peneman sepanjang hidup saya. Itu sahaja sudah memadai," kata wan maimunah lagi.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.