Friday, December 13, 2013

Mat Sabu Boleh Saman Saya Jika Bukti Yang Dikemukakan Adalah Salah - Zahid Hamidi


"Kalau nak saman, samanlah, saya terbuka. Jika mahu bukti, biar kita serahkan pada mahkamah dan pegawai-pegawai saya tentu ada bukti yang cukup untuk dikemukakan. Silakan," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 

Beliau menegaskan usaha membanteras penularan fahaman Syiah di negara ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk parti-parti politik.

Beliau berkata jika tidak dibendung, fahaman itu boleh memecahbelahkan umat Islam di negara ini dan seterusnya mencetuskan perang saudara seperti yang telah berlaku di beberapa negara Timur Tengah.

"Saya tidak fikir kita mahu itu berlaku. Atas kesedaran ini, kita tekankan soal banteras dahulu sebelum ia terus tersebar luas.

"Bukanlah untuk menakut-nakutkan umat Islam di negara ini tetapi kita mahu menekankan kepentingan mengelak perpecahan ummah khususnya dari dalam," katanya lagi.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno berkata terdapat 18 markas Syiah di Malaysia dengan lebih 300,000 pengikut.

"Kita khuatir jumlah ini akan terus meningkat jika tidak ditangani," katanya sambil menjelaskan penularan fahaman Syiah di negara ini masih terkawal.

Beliau berkata ini adalah perjuangan umat Islam secara keseluruhannya dan mengajak semua pihak termasuk PAS untuk tampil bersama menjayakannya.

Ketika ditemu bual dalam program itu, Ahmad Zahid berkata beliau terbuka jika Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana mengeluarkan kenyataan mendakwanya terlibat ajaran Syiah pada Perhimpunan Agung Umno 2013 minggu lepas.

Beliau berkata pendedahannya itu bukan bermotif politik sebaliknya atas soal individu.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menyatakan bahawa Mohamad atau nama penanya Mat Sabu 121 cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah di Malaysia berdasarkan 10 maklumat yang diterima kementerian.

6 comments:

  1. Betul betul betul ! Saman je !

    ReplyDelete
  2. "You ulang, I saman" ayat Al-Juburi!. Mat Syabu @ Syiah nak kata apa pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat shahbu@shiah kata " wan azizah dah jadi terowong"....ade vidio pulak
      Tu..

      Mulot oh mulot....

      Delete
  3. Mat sabu dah makan babi ke belum dengan Lim Guan Eng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah...siap sendawa dan kata Alhamdulillah....seeedapppp....shukooorrr...

      Guan Eng dengaq....

      Delete
  4. Bagi gua pengikut Qardiani KDN n Zahid x de teloq tak berani kacau kami sbb nya kami Qardiani penyokong tegar Umporno sape berani kacau? sejak zaman Tun M lagi aktiviti kami x digangu..... syukor.....Jakim lagi lah x berani, rumah Jamil Khir dgn markas kami pn x jauh tapi dia dibawah kawalan kami....... asal sokong BN/Umporno selamat beb..... hidung2 mrk telah kami cocok.....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.