Tuesday, December 17, 2013

Mat Sabu Yakin Mampu Menang Kes Saman Terhadap Zahid



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau nama manjanya Mat sabu 121 akan memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas ucapannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 yang menuduhnya sebagai penganut fahaman Syiah.

Mat Sabu kata bahawa dia terpaksa mengambil tindakan saman kerana untuk mempertahankan dirinya yang kini dipandang serong oleh ramai ahli Pas sendiri.

Mat Sabu yakin mampu menang kes saman ini kerana bukti yang bakal dikemukakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri hanyalah saksi dan bukti bertulis sedangkan bukti video Mustaffa Ali pun Pas boleh nafikan.

Sebelum itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mendedahkan 10 bukti Mat sabu terlibat dalam fahaman Syiah dan pembangkang memukul canang kononnya bukti yang dikemukakan adalah terlalu lemah.

Berdasarkan bukti tersebut mereka percaya Mat Sabu mampu menang dalam kes saman ini. Tetapi menurut pihak JAKIM 10 bukti itu hanyalah bukti bergred B sahaja dan Gred A belum didedahkan lagi.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berkata jika Mat Sabu tidak puas hati beliau boleh saman dan mat Sabu harus ingat kita bercakap bukan cakap kosong penuh bukti yang kukuh.

Beranikah Mat Sabu Saman Zahid dan Kementerian Dalam Negeri kita tunggu dan lihat?

3 comments:

  1. pelanduk mungkin boleh lupan jerat, tetapi jerat tidak akan melupan pelanduk.... sekiranya mat sabu saman dia akan terjerat...lebih banyak lagi rakan subahatnya dalam pas dan pkr yang terdedah..sekarang terpulang pada mat sabu.... kalu ikut tentak zaihid habislaah dia...

    ReplyDelete
  2. Gua org syiah pn hairan ngapele Zahid/KDN masih x mau dakwa n sekat aktiviti kami, Mat sabu yg belum tentu syiahnya depa kecoh mcm nk rak, ape2 pn tindakan mrk semata2 politik, gua rasalah baik Zahid jgn minta maaf biar bertempur di mahkamah jadi rakyat akan tau Zahid ade berani ke tidak. Dari kes terdahulu melibatkan Zahid n Boyfriend anaknya, zahid mengelak ke mahkamah nmpk sgt x de teloq samseng Bagan Datuk, 4 belasah 1 'Undertaker' pn tumbang... jadi eloklh Zahid ke mahkamah itu pn kalau ade teloq, sama2 kita tonton seterusnya........

    ReplyDelete
  3. Ape lh admin ni nk berblog pn biarlh dgn fakta yg tepat, 10 bukti gred B tu bkn dr JAKIM, tu bukti dikemukan oleh KDN yg bermenterikan Zahid Gred C lh, jgn lh nk bodohkan rakyat Malaysia mcm admin bodohkan warga umporno terutama umporno sg rapat..... lu citer dgn budak tadika KEMAS mungkin budak2 tu percayalh..... HAPRAK pya admin.... tapi gua yg Syiah ni percaya Zahid Gred C x berani semuka di mahkamah, percayalh dia akan mohon mahkamah ketepikan saman Abg mat sama mcm kes dgn boyfriend anaknya dulu....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.