Sunday, December 22, 2013

Pakatan Haram Akan Gunakan Isu GST Untuk Hasut Orang Kampung, Umno Jangan Pandang Mudah


Satu tinjauan yang dilakukan badan yang kononnya bebas iaitu Merdeka Center pada 4 - 12 Disember menunjukkan 47 peratus daripada mereka yang dikaji menyatakan kekecewaan terhadap peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Merdeka Center juga mengesahkan jika isu GST dimainkan secukupnya oleh pakatan haram terutama dikawasan kampung yang menjadi deposit kepada Barisan Nasional sudah pasti Pakatan Haram akan beroleh kejayaan pada PRU14 nanti.

Pakatan Haram mengambil kesempatan selepas kerajaan mengurangkan subsidi petrol dan gula, serta mengumumkan tarif elektrik dan yang lebih teruk lagi belum tol dinaikkan mereka sudah mencanang seluruh pelusuk dunia.

Tetapi yang menariknya Merdeka Center yang kononnya bebas tidak pernah membuat kajian atau tinjauan di negeri-negeri diperintah oleh pakatan haram. Cuba sesekali buat tinjauan kehidupan rakyat khususnya orang Melayu selepas pakatan haram memerintah terutamanya di Pulau Pinang.

Dengan kelulusan pelaksanaan GST yang akan berkuatkuasa pada April 2015 menjadikan pakatan haram mempunyai isu yang agak besar untuk dimanipulasikan dan seterusnya menghasut orang kampung.

Menurut pakatan haram"Melayu bandar sudah menolak Umno kerana hampir kesemua kaum cina sudah tidak mahu Melayu berkuasa lagi.

Kini Melayu Pas dan PKR akan membawa isu GST ke kampung-kampung demi untuk mendapat sokongan daripada orang kampung.

Umno jangan terlalu selesa dengan membiarkan ini berlalu begitu sahaja tanpa penerangan yang jelas agar orang kampung tahu kedudukan yang sebenarnya.

1 comment:

  1. Setuju benor dgn Admin, Melayu bandar n kaum cina tolak umporno krn KORUP. menyeleweng n pengkhianat bangsa, melayu kpg yg kuat pegangan agama pn tolak cuma tinggal melayu menteliti subsidi, melayu tongkat, melayu yg meminta2 projek n cari makan dlm umporno yg masih menyokong....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.