Thursday, December 12, 2013

Pakatan Rakyat Lebih Pentingkan Mayat Nelson Mandela Daripada Mangsa Banjir



Mungkin dalam fikiran Wan Azizah dan Fuziah Salleh jika pakatan haram tidak melawat mangsa banjir sekalipun pengundi tetap akan mengundi pakatan haram. Hanya dengan melahirkan persepsi buruk terhadap Umno pakatan haram akan disokong oleh pengundi Kuantan.

Kita tidak menafikan bahawa kerajaan ada kelemahan, sepertimana pembangkang juga ada keburukan.  Sebagai kerajaan yang terbuka dan matang, sebarang kritikan perlu dikaji dengan sebaiknya manakala kutukan pula diterima dengan tenang. Namun begitu, kita juga mengharapkan kematangan dan sikap professional yang sama, di kalangan mereka yang melemparkan kritikan terhadap kerajaan. 

Kita dapati sesetengah orang begitu beremosi apabila mengkritik kerajaan akhir-akhir ini.  Emosi marah yang dijana setiap hari mampu mengakibatkan seseorang itu hilang pertimbangan.  Justeru, sudahnya, pengkritik yang dianggap professional dan matang juga mula melatah dan bersikap seperti pengkritik jalanan yang tidak bersandarkan fakta dan asas yang kukuh.  

Hanya kerana setiap kritikan yang dilemparkan disambut dan dipersetujui ramai tidak bermakna semua yang dikritik itu benar.  Apabila diri pengkritik sudah dikuasai riak dan takbur kerana sering dipuji atas kehebatan kritikan, beliau hampir pasti akan tergelincir juga dari landasan fakta dalam berkata-kata. 

Inilah yang berlaku apabila seorang pengkritik begitu teruja untuk mengkritik sehingga mengambil laporan ‘dengar-cakap’ dari pembaca dan rakan sebagai benar, tanpa terlebih dahulu menyemak faktanya.  

Akhirnya, Perdana Menteri juga yang menjadi mangsa fitnah apabila pengkritik menghebahkan kononnya beliau tidak menghadiri pengkebumian Mendiang Nelson Mandela atas alasan ingin menjimatkan kos.  Kononnya perkara itu dilaporkan oleh Radio Sinar FM. 

Walhal, yang berkata demikian adalah Perdana Menteri Israel bukan Perdana Menteri Malaysia. 

Nampaknya, daripada tersalah dengar kemudiannya menjadi fitnah yang disebar dan dipercayai oleh begitu ramai pembaca.   

Kenapa Perdana Menteri tidak menghadiri pengkebumian Mandela seharusnya tidak menjadi persoalan di kala negara sedang ditimpa bencana.  Apatah lagi bencana itu menimpa negeri kelahiran Perdana Menteri sendiri.  Sudah tentulah rakyat perlu didahulukan walaupun beliau dan negara ini menyanjung tinggi jasa Mandela.   


Sebagai menghormati Mendiang Mandela, Perdana Menteri telah menugaskan Datuk Seri Tengku Adnan dan Datuk Dr. Maximus Ongkili untuk mewakili beliau dan negara ini ke pengkebumian tokoh keadilan itu.  Yang pergi tetap pergi, dan tidak akan kembali tetapi yang sedang bergelut dengan bencana alam wajib disorongkan harapan, bantuan dan sokongan. 

Oleh itu, tidak timbul soal Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bodoh.  Tidak timbul juga soal Radio Sinar FM tersalah lapor.  

Yang timbul adalah seorang pendengar yang tersalah dengar dan seorang blogger yang tersalah lapor. 

Walaubagaimanapun, hal yang sebegini kecil mampu menjadi besar jika tidak ditangani dengan baik.  Sewajarnya, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan balas secara rasmi secara segera bagi membetulkan maklumat yang tidak tepat itu.   Selain itu, Pejabat Perdana Menteri boleh memberi sedikit nasihat secara tegas agar setiap pengkritik menyemak fakta mereka sebelum menulis agar tidak menjadi penyebar fitnah. 

Maklumat yang tersalah lapor secara sengaja atau tidak sengaja di dalam media massa mampu membawa akibat yang diluar jangkaan.  Ingatlah bahawa penghapusan etnik Rohingya juga bermula dari maklumat yang disalah lapor.  Rakyat yang telah sedia marah atau terhasut dengan sesuatu isu, akan mudah mempercayai apa jua maklumat yang menepati kemarahan mereka.  Lebih malang lagi, apabila mereka telah terhasut, apa jua maklumat yang benar tetapi tidak menepati emosi mereka, tidak lagi akan dipercayai mereka. 

Justeru, kita memohon kepada semua warga maya agar lebih berhati-hati apabila menerima maklumat. Tidak semestinya seorang blogger tersohor itu tidak mampu membuat kesilapan.  Manusia tetap manusia, biarpun tersohor atau tidak. Sekiranya kita membiarkan diri kita hanyut dengan ego atau marah, maka tidak mustahil satu hari kita akan berbuat silap dan memalukan diri sendiri. 


0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.