Wednesday, December 25, 2013

Pemuda BN Perak kata Kenaikan Harga Barangan dan Perkhidmatan Tidak Jejas Sokongan Terhadap BN



Pemuda BN Perak yakin kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak akan menjejaskan sokongan pengundi di bandar mahupun separa bandar.

Naib Ketua 
Pemuda BN Perak, Mustafar Rahadi berkata, biarpun kini kerajaan khususnya perdana menteri dikritik hebat berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan itu, penyelesaian kepada isu berkenaan akan diatasi dalam masa terdekat.

Menurutnya, dalam tempoh empat tahun, Pemuda BN Negeri yakin kerajaan akan membantu rakyat menambah pendapatan.

“Jika kita lihat, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidaklah begitu keterlaluan dan ia sesuatu yang wajar", katanya lagi.


Nak tanya sikit adakah pemuda BN sudah turun berjumpa dengan rakyat dan bertanya masalah mereka terutamanya tentang kenaikan kos sarahidup.

Sumber Disini

2 comments:

  1. Puak2 ni mmg tak terjejas... Projek masuk! MB bagi! Rakyat kat bawah ni ada mereka kisah? Rakyat bukan nak makan lepas 4 tahun. Rakyat nak makan esok lusa!

    ReplyDelete
  2. Sebagai ahli umporno tegar saya sokong kenaikan harga barang (BN)... pedulikan dgn nasib melayu yg berpendapat rendah kita yg dpt projek anugerah dr Umporno x terjejas pn, ape nk jadi bila PRU14 nnti belakang kira, kami sentiasa berdiri dibelakang Presiden dn sokong tindakan beliau menaikan harga barang n bil2 utiliti lain....bila dh dekat PRU14 nnti kita 'ULOK' lh melayu dgn BR1M lebih sikit, melayu pn 'cayo' maka mrk pakat2 sokong BN/Umporno percayalh.... org melayu luarbandar n Felda lagi senang digula2kan n 1 lagi kita main isu perkauman spt kalau PR perintah 'tak boleh azan' sedangkan skrg ade azan pn org umporno pn x jugak penuhkan masjid tapi kalau PAU di PWTC hebat mcm pejuang agama n bangsa pada masa yg sama rezab melayu mrk jugak yg gadai kpd cina...... Hidup Melayu! Hidup Umporno ! kami sokong kenaikan harga Tol n utiliti yg lain....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.