Tuesday, December 3, 2013

Perwakilan Umno Perlu Hentikan Sesi Mengampu Dalam PAU 2013 Tumpukan Kepada Masalah Rakyat


Setiap kali Perhimpunan Agong Umno kita pasti akan mendengar para ahli perwakilan UMNO bukan hanya setakat mampu berpantun tetapi mereka sering menjadikan pentas PAU sebagai pentas mengampu. Dengan harapan agar pemimpin atasan memandang tinggi kepada dirinya, senanglah nanti. 

Saya teringat kata-kata hikmah Arab yang diterjemahkan berbunyi begini  "Anda mempunyai upaya untuk membunuh mereka yang lengkap bersenjata, akan tetapi anda tidak akan berupaya membunuh mereka yang menyembunyikan senjata di bawah lidahnya".

Ini bermakna kepintaran akal yang diluahkan melalui idea (lisan dan tulisan) dan tindakan terancang adalah lebih berkesan daripada sebarang senjata canggih.

Para perwakilan sepatutnya menggunakan pentas PAU2013 untuk menengahkan masalah rakyat....kenapa masalah rakyat? kerana rakyatlah yang menjadikan Umno masih relevan hingga ke hari ini. Tanpa rakyat Umno akan pupus.

Perwakilan sepatutnya membawa isu kenaikan tarif elektrik yang akan membebankan rakyat terutamanya orang Melayu. Jika tarif elektrik naik sudah tentu harga barangan keperluan seharian akan naik juga.

Kenaikan harga rumah yang terlalu mendadak juga merupakan satu masalah besar buat anak-anak muda yang bercita-cita untuk membeli rumah sendiri.

Rakyat khususnya orang Melayu menanti-nanti apakah yang Umno akan umumkan sesuatu yang mampu mengembirakan umat Melayu atau PAU2013 hanya bersifat syok sendiri.

Perwakilan jangan hanya gah dipentas PAU2013 sahaja apabila balik semuanya hilang begitu sahaja.

1 comment:

  1. perhimpunan agung umno yg lesu..maaf bro..aku xminat lg

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.