Sunday, December 29, 2013

Rafizi Disiasat Berhubung Email Yang Diterima daripada Rahim Ghouse


PDRM memandang serius terhadap penyebaran e-mel yang dikatakan dihantar oleh Rahim Ghouse kepada Rafizi Ramli mengenai rancangan letupan di beberapa kawasan strategik sempena sambutan Tahun Baru.

Pengarah Strategi PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung email tersebut.

Orang ramai dinasihatkan supaya menghormati keamanan dan ketenteraman di negara ini di samping menyambut kedatangan tahun baru.

Sehingga hari ini, sejumlah 1151 laporan polis diterima dari seluruh negara terhadap bantahan penganjuran perhimpunan memudaratkan ketenteraman awam yang disebarkan melalui media sosial sebelum ini.



Emel itu ditulis oleh rakan karib Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim iaitu Abdul Rahim Ghouse, yang bertajuk C For Chaos (C Untuk Huru-Hara).

Dalam emel berkenaan, penulis itu didakwa kerana mendakwa bahan letupan kecil akan diletakkan di persimpangan lalu lintasdi hadapan Sogo dan Puduraya, bulatan Masjid Negara dan KTM, stesen LRT Masjid Jamek dan stesen Komuter Bank Negara.

Emel itu kemudiannya satu 'pasukan sosial media' akan merekodkan huru-hara yang akan berlaku pada ambang tahun baru dan akan menyebarkannya secara dalam talian, lalu menyalahkan pihak Barisan Nasional (BN).

2 comments:

  1. jawapan pilihan Rafizi :
    1. email kena hack
    2. akaun email Rahim Ghouse kena hack
    3. hakkkkktuihh

    ReplyDelete
  2. Satu lagi jawapan cibai Rafizi ini semua kerja Umno

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.