Tuesday, December 3, 2013

Saham TNB naik Mendadak 13.04 peratus susulan Pengumuman kenaikan tarif elektrik


Harga saham kaunter utama Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkat secara mendadak sebanyak 13.04 peratus, atau RM1.29, pada tengah hari ini susulan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam.

Harga saham berada pada RM11.18 pada 12.30 tengah hari, selepas dibuka pada RM10.80 hari ini dengan sejumlah 21.1 juta saham diniagakan.

Syarikat utiliti itu kali terakhir diniagakan pada RM9.89 sebelum ia meminta sahamnya digantung tengah hari semalam apabila kerajaan mengumumkan tarif baharu elektrik.

Kenanga Research dalam notanya hari ini berkata kenaikan tarif itu akan meningkatkan jualan elektrik tahun kewangan 2014 TNB sebanyak lapan peratus, yang membawa kepada pendapatan tahunan RM1.17 bilion bagi syarikat tersebut.

"Kami mengekalkan andaian harga asas arang batu kami pada US$95 setan metrik, dan justeru itu, unjuran pendapatan tahun kewangan 2014-2015 kami dinaikkan masing-masing sebanyak 15 peratus dan 16 peratus" kata agensi penyelidikan bagi pihak TNB. 

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.