Monday, December 30, 2013

Saifuddin Kata Tindakan Guling Kerajaan Adalah Tindakan Demokrasi


Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah rakyat menggulingkan kerajaan adalah satu tindakan demokrasi.

Perkara itu berbeza dengan tekanan kerajaan ke atas rakyat yang menurutnya merupakan penindasan.

“Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal pembangkang Malaysiakini.

Saifuddin juga mendakwa kononnya pihak yang ingin membuat perhimpunan menerima tekanan semakin memuncak dari NGO pro-kerajaan yang dilaporkan membuat lebih 1,500 laporan polis di seluruh negara bagi membantah penganjuran perhimpunan tersebut.

2 comments:

  1. Memang dia pandai jika pembangkang memerintah dia ada tempat

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.