Monday, December 2, 2013

Tarif elektrik naik lagi sebanyak 15%


Dalam keadaan TNB yang untung berbillion-billion Ringgit sedangkan rakyat dipaksa menanggung kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.

Harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt.

Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5sen.

Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.

Penggantungan dua jam setengah itu ialah sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.


Untuk apa TNB untung berbillion-billion sedangkan rakyat dipaksa membayar bil elektrik yang mahal.

Tak boleh ker untung TNB itu dikongsi bersama rakyat kerana rakyatlah yang memberi keuntungan kepada TNB.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.