Tuesday, December 10, 2013

Tuduhan Syiah: Mat Sabu Mula-mula Nak Saman Kemudian Tak Jadi Kenapa?


Mohamad Sabu yang terkenal digelar sebagai "Mat Sabu Normah 12"1 melompat apabila 'terasa' dirinya dituduh dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendedahkan bukti secara terperinci mengenai pemimpin PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah.


Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS itu menggerakkan cyber troopernya untuk mengugut Zahid dengan perkataan saman agar Zahid Hamidi memohon maaf kepada pemimpin no.2 Pas itu.

Ternyata ugutan dan gertakan daripada portal pembangkang termasuk Harakah, Malaysiakini dan Malaysia Insider tidak sedikit pun menakutkan Zahid Hamidi malah Zahid dengan tegas berkata beliau mempunyai bukti yang kukuh sebelum kenyataan itu dibuat.


Kini yang takut bukan Zahid Hamidi tetapi Mat Sabu dan beliau meminta portal pembangkang sekali lagi memainkan isu ini. Kali ini nadanya cukup berbeza seolah-olah beliau tahu bahawa memang ada kebenarannya apa yang dikatakan oleh Zahid Hamidi ini dan kenyataan Mat Sabu dalam portal pembangkang:

“Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa-sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu"

Semalam, Ahmad Zahid berkata, beberapa bukti yang mengaitkan pemimpin PAS terlibat dengan ajaran Syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat.

Katanya, sidang akhbar itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya.

Sehubungan itu, katanya, pemimpin yang didakwa terlibat (Mat Sabu)  tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah.

"Kenapa dia takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti dia nak cakap apa?

“Salah satu elemen orang Syiah ialah berpura-pura," kata Zahid lagi.

"Kerajaan tidak mahu umat Islam berpecah-belah seperti negara lain hanya kerana fahaman mazhab berbeza.

Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS.

Secara tidak langsung kini rakyat Malaysia sudah tahu siapa yang takut sebenarnya.

Sementara itu Mat Sabu yang pernah mengemparkan dunia Islam apabila sanggup makan babi bersama Lim Guan Eng meminta peguam pakatan rakyat R. Surendren untuk mengkaji samada boleh atau tidak menyaman Zahid Hamidi.

2 comments:

  1. Aku tunggu jugak bang mad saman zahid.

    ReplyDelete
  2. Untung melayu Qardiani tak diganggu KDN/Zahid..... HIDUP QARDIANI....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.