Sunday, December 1, 2013

Tugas Utama Pulihkan Perpaduan Ahli Wanita Umno Bahagian Gopeng - Dato Hamidah Osman


Dato Hamidah Osman hari ini mengajak semua anggota wanita UMNO bahagian Gopeng bersatu demi untuk mengukuhkan parti.

Dato Hamidah yang berjaya memenangi jawatan sebagai ketua wanita Umno Bahagian Gopeng dengan mengalahkan pencabarnya iaitu Juliliyana Mohd Junid dengan majoriti 48 undi dalam pemilihan semula yang diadakan pada Sabtu lalu menyeru kepada semua ahli wanita agar menjaga perpaduan dikalangan wanita demi memperkasakan wanita Umno.

Menurut Dato Hamidah Osman lagi "Kemenangan ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu digalas dengan ikhlas serta jujur demi agama, bangsa dan tanahair ".

Dato Hamidah turut melahirkan rasa syukur kerana UMNO berjaya mencatat sejarah menggunakan sistem pemilihan yang lebih terbuka dan demokratik serta telus.

"Semoga amalan yang baik ini akan terus menjadi tunjang parti yang kita sayangi ini," katanya lagi

2 comments:

  1. YB Dato Hamidah Osman, tolong pertingkatkan bantuan KESELAMATAN pd org. kpg./org. miskin kita terutamanya anak-anak mereka! Org. kaya kan ada pengawal keselamatan dan tinggal dlm. "gated community" mereka!

    Sedih betul baca tentang JENAYAH-syaitan ini,, kalau ada Hukum Hudud, kan bagus, biar DIPANCUNG dpn. org. ramai, penjenayah-mcm-binatang-BUAS ni (yg. Bukan Islam, kalau menganiaya umat Islam juga harus dihukum bawah Hukum Hudud) - lihat jenayah rogol dan pembunuhan anak-anak kecil tiga beradik Islam/Melayu kita dan Bumiputera S'wak, di
    di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polissahkanpuncakematiantigaberadikakibatdibunuh/Article/?mutakhir, Polis sahkan punca kematian tiga beradik akibat dibunuh, 2013/12/01; dan
    http://www.nst.com.my/nation/general/half-naked-body-of-girl-found-by-roadside-1.417473, Half-naked body of girl found by roadside, 01 December 2013.“ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “ -
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ - Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali .

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. Sebagai anak Perak bangga dgn Kak Midah masa tempoh2 sukar Perak 2008-2012. Sedikit kecewa kerana beliau gagal dlam pemilihan peringkat pusat. Tp alhamdulillah, beliau kembali bertapak kukuh di negeri sendiri.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.