Tuesday, December 31, 2013

Wardina Safiyah Sahkan Dirinya Seorang Penipu dan Penghasut


Tindakan pelakon yang juga merupakan ahli Majlis Konsultansi Negara, Wardina Safiyah mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukan RM 15 juta sambutan Tahun Baru 2014 merupakan satu tuduhan yang jijik dan tidak bertanggungjawab demiuntuk membakar api kemarahan kumpulan demontrasi kenaikan harga barang malam ini.

Wardina yang dipetik oleh Harakahdaily.net dari facebook beliau,

“Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan,”
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014.
Wardina menambah: “Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014”

Fakta dan kenyataan ini sangat tidak benar kerana dalam ucapan Datuk Bandar Kuala Lumpur bertarikh 20 Disember 2013 Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menyatakan RM 15 juta diperuntukan DBKL untuk pelbagai acara sempena Tahun Melawat Malaysia termasuk sambutan Tahun Baru 2014 dan pelbagai acara lagi sepanjang tahun.

Ini bermakna bajet sebanyak RM 15 juta itu ialah untuk DBKL melaksanakan program-program membabitkan Tahun Melawat Malaysia sepanjang 2014.


Mengapa Wardina sanggup memutar belit kenyataan Datuk Bandar sangat mudah diagak. 

Beliau mahu membangkitkan kemarahan peyokong Pakatan untuk keluar berdemontrasi di Dataran Merdeka malam ini bagi mencetusk kekecohan dan kekacauan.

Wajarkah pembohong dan pengadu-domba seperti ini berada dalam Majlis Konsultansi Negara?

Sebelum ini kami telah pun membangkitkan isu perlantikan Wardina ke dalam Majlis Konsultansi Negara merupakan satu kesilapan dan tidak mencerminkan matlamat majlis tersebut.

Semasa perlantikan tersebut Mykmu telah menerbitkan sebuar artikel bertajuk MKPN: Wajarkah Wardina Safiyah Pemecah Belah Masyarakat Menjadi Ahli Panel

Hari ini sesiapa yang mencadangkan nama beliau kepada Perdana Menteri perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas hasutan yang beliau lakukan.

Sumber: mykmu.net

2 comments:

  1. Kalau penipu atau penghasut pun kita KENA HORMAT dia sebab Ah Jib Gor telah lantik dia sebagai WAKIL kerajaan dalam National Unity Council bersama dengan si Marina Mahathir.

    Alfie

    ReplyDelete
  2. Zaman Tun dulu, manusia mcm ni merapek nakkan jawatan. Bila Tun bagi jawatan dia diam macam Ibrahim Ali. Zaman Najib sekarang tektik macam ni tak boleh pakai. Najib tak perlu ketinggalan zaman! Mereka begini banyak kelemahan dan kena cari utk diamkan mulut mereka!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.