PKR dan Pas Perak Terus Bertelagah mengenai Kerusi Changkat Jering dan Tambun
Difahamkan negeri Perak akan terus kekal di bawah perintah Barisan Nasional pada PRU 13 nanti. Pakatan Pembangkang tidak mampu menawan Perak atau mempertahan seperti yang mereka hebohkan dalam ceramah mereka.
Ada beberapa kerusi yang ditandingi oleh Adun parti Keadilan Rakyat seperti Dun Changkat Jering dikatakan akan diserahkan kepada Nizar Jamaluddin. Mengikut sumber kerusi Dun Changkat Jering adalah kerusi yang paling selamat buat Nizar Jamaluddin untuk meneruskan nyawa politiknya.
Namun kehendak Pas tetap dibantah oleh pemimpin PKR Perak sehingga memerlukan mereka bermesyuarat secara tertutup untuk mencari keputusan namun sehingga kini tiada satu keputusan dapat dibuat.
Mengikut sumber dalaman PKR tetap bertegas mahu bertanding di kerusi Dun Changkat Jering yang dahulunya ditandingi oleh YB Osman Jailu. Malah pada pilihanraya kali ini PKR bertegas akan mengemukakan calonnya menjadi menteri besar jika pakatan pembangkang memenangi kerusi Dun di negeri Perak.
PKR sudah jemu dan muak dengan sikap Nizar Jamaluddin yang sombong dengan pemimpin PKR ketika beliau menjadi menteri besar Perak selama 11 bulan dahulu.
Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, pemimpin di lima cabang itu ada menemuinya dan bercerita mengenai masalah dan ketidakpuasan hati mereka.
Tidak mendedahkan nama cabang terbabit, Fauzi mendakwa, ketidakpuasan hati itu di tahap serius dan mungkin boleh menjejaskan peluang PKR Perak menang Pilihan Raya Umum-ke-13 (PRU13).
“Ada antara mereka terdiri daripada ketua cabang, pengarah pilihan raya dan beberapa pemimpin kanan.
“Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti kerana saya yakin pemimpin-pemimpin yang kecewa ini tidak akan dilayan oleh pimpinan Negeri Perak,” dedahnya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, mengulas pergolakan Pakatan Rakyat (PR) Tambun, beliau berkata, PKR sebenarnya mengharapkan jentera pilihan raya Pas untuk mempertahankan dua kerusi di Parlimen Tambun.
Katanya, PKR Tambun perlu mengakui hubungan antara mereka dengan Pas memang sedang bergolak kerana PKR cabang itu hanya bergantung pada jentera Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Menurutnya, wajar untuk Pas menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Hulu Kinta itu dari PKR kerana parti itu lebih banyak bekerja untuk menang PRU13.
“Pas di Parlimen Tambun itu dilihat seperti orang suruhan PKR sedangkan kerusi itu bukan milik mereka. Keahlian PKR di Tambun juga tidaklah begitu banyak sebenarnya jika dibandingkan dengan Pas.
“Saya berani cabar Ketua PKR Cabang Tambun, Dzulkifly Ibrahim bertanding salah satu daripada dua kerusi PKR kalau benar kerjasama mereka dengan Pas baik,” katanya.

























































