Friday, January 3, 2014

Ada Pemimpin Islam Di Belakang Sikap Biadap Editor The Herald Lawrence Andrew


Editor mingguan Katolik, The Herald, Lawrence Andrew didesak menarik balik kenyataannya yang dibuat pada 27 Disember mendakwa gereja di Selangor akan terus menggunakan perkataan 'Allah' walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyeluarkan notise peringatan ia tidak boleh digunakan orang bukan Islam.

Jika beliau enggan memohon maaf kepada umat Islam dan Sultan Selangor Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang akan berarak untuk mengadakan protest di Gereja 'Our Lady of Lourdes' di Klang Ahad ini sekiranya Lawrence tidak menarik kenyataannya untuk terus menggunakan perkataan 'Allah'.

Kumpulan tersebut turut mendesak Lawrence untuk memohon maaf kepada Muslim dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti yang diminta beberapa lagi kumpulan yang membuat laporan polis terhadap kenyataan paderi itu.

Walaupun Lawrence disokong kuat oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tetapi umat Islam melihat kenyataannya seolah-oleh telah menghina keputusan mahkamah, umat Islam dan Sultan Selangor.

Apakah yang membuatkan Lawrence bersikap terlalu biadap sehingga tidak memperdulikan titah Tuanku Sulan Selangor? Sudah tentu ada beberapa pemimpin Islam dibelakang beliau yang akan mempertahankan beliau jika beliau di 'serang' hebat oleh umat Islam.

Jika kita lihat sejak akhir-akhir ini beberapa pemimpin pas yang menyokong penganut Agama Kristian hanya kerana undi  dilihat seperti cacing kepanasan apabila pengundi mereka diganggu oleh umat Islam.

Sementara itu Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang telah menghantar notis bantahan kepada pengarang Mingguan The Herald itu di sebuah gereja di Klang Ahad ini.

Pengerusi bersama NGO itu, Norman Toha berkata, bantahan sama turut akan diadakan di Gombak sebelum diikuti di daerah-daerah lain.

Menurutnya, ia sebagai peringatan awal terhadap tuntutan permohonan maaf yang dibuat oleh pelbagai pihak yang akan tamat pada Ahad ini.

Menurutnya, beliau tidak menolak sekiranya gesaan itu tidak diendahkan, maka kebangkitan umat Islam akan bermula berlandaskan undang-undang penguatkuasaan.

Dimaklumkan gesaan tarik balik kenyataan sudah dimaklumkan.

Setakat ini tidak ada tanda-tanda Lawrence Andrew untuk menarik balik kenyataannya apatah lagi untuk memohon maaf, mungkin perkara ini tidak dibenarkan oleh pemimpin Pas.

4 comments:

  1. PAS bukan parti Islam ttp sebuah parti politik yg amat hina sekali kerana memperjudikan kalimah Allah. PAS ialah parti yg sesat. Merekalah yg menjadi majoriti semasa perhimpunan haram tahun baru. Bodoh dan bengap kerana menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR!

    ReplyDelete
  2. Mereka membuat provokasi...kita muslim pula yang dipersalahkan...dasar kafirun...tetapi yang pelik yang memperjuangkan Keristian ini adalah Orang PAS..adakah mereka ramai yg dah convert?...

    ReplyDelete
  3. These seemed to be the Destruction of the fundamentals of christianship at the hands of PARIAHS.....

    ReplyDelete
  4. Hak kapir dibela, hak org Islam dihina, diperlekeh, dicabar.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.