Thursday, January 23, 2014

Anas Orang Ketiga Punca Nurul Tuntut Fasakh Membatalkan Perkahwinannya


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar disahkan memfail penceraian terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Syariah Jalan Duta.

Pemeriksaan rekod mahkamah mendapati kes perceraian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan suaminya itu wujud.

Nurul Izzah, 33, membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya dengan Raja Ahamd Shahrir Iskandar, 35, pada akhir Disember tahun lalu.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai menerima notis tuntutan itu pada 16 Januari lalu.

Pegawai mahkamah mengesahkan kes perceraiaan anak kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim itu berada dalam sistem mahkamah.

Difahamkan kes itu ditetapkan untuk sebutan di hadapan hakim, Ab Malek Awang.

Kedua-dua Nurul Izzah dan Raja Ahamd Shahrir Iskandar gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003.

Pasangan ini dikatakan sudah tidak sehaluan sejak dari tahun lepas lagi dan keretakakan rumah tangga itu sampai ke kemuncaknya Disember lepas apabila Nurul Izzah memfailkan permohonan fasakh (menuntut cerai dari suami).

Nurul Izzah dikatakan menghadapi sedikit masalah dengan sikap suaminya yang terkenal sebagai kaki minum, kaki perempuan dan ada ura-ura menyebut, turut terbabit dengan hubungan sejenis juga.

Sudahlah bapanya dihambat dengan dakwaan hampir serupa, kini, suaminya pun dikaitkan dengan dakwaan yang sama.

Justeru, amat wajarlah Nurul Izzah memohon cerai demi kebaikan semua pihak.



Anas Disebelah CheguBard
Dalam masa yang sama, imej lelaki yang dikata bakal menjadi suami kedua Nurul Izzah yang baru juga sudah diedarkan di media sosial.

Anas Alam Faizli ini dikatakan seorang profesional muda Melayu yang juga menjadi aktivis sepenuh masa PKR. Beberapa sumber yang rapat dengan Nurul Izzah menyebut, jika nak dibandingkan dengan suaminya sekarang, Anas adalah 10 kali lebih hebat.

Bukan sekadar memegang jawatan sebagai Jurutera Minyak dan Gas, Anas juga mengetuai NGO menentang TPPA yang ditubuhkan PKR. 

Suami Nurul Izzah sekarang, Raja Ahmad, tidak begitu terlibat dalam politik dan dikatakan lebih banyak menggunakan kedudukan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan Nurul Izzah sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk kepentingan dirinya sahaja.

Malah, ada khabar-khabar angin menyebutkan, ketika video fitnah menunjukkan Anwar melanggan pelacur disebarkan oleh Datuk T, keluarga Raja Ahmad telah mendesaknya untuk menceraikan Nurul Izzah kerana percaya dengan pembohongan tersebut.

Selain tidak senang kerana Raja Ahmad itu sendiri dikaitkan sebagai orang yang menghantar Anwar ke hotel berkenaan dalam fitnah tersebut. 
Majlis perkahwinan mereka diadakan di kediaman mewah Anwar di Bukit Damansara. Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata berusia tujuh dan empat tahun.

Nurul Izzah sehingga kini bagaimanapun menafikan perkara berkenaan di laman mikro blog Twitter miliknya, @n_izzah apabila pengguna Twitter bertanyakan berkenaan perkara itu.

5 comments:

  1. Pya lh HAPRAK Admin ni cerita yg belum tentu betoi dihebahkan, begitulah melayu umporno yg dikatakan mempertahankan Khalimah Allah kononsuka membuat fitnah, ape ko ingat dgn mempamirkan masaalah rumahtangga mrk maka melayu akan kembali menyokong Umporno ? Entri ni menonjolkan kebodohan Admin sendiri....... Bertaubatlah melayu bahalul.........pergilh belajo agama dgn Tok Peti Peraq kome tu.....

    ReplyDelete
  2. Sebenaynya UMNO tidak porno yang banyak porno adalah dari golongan kamu dan Melayu tidak bahalul... yang bahalul adalah kamu dan golongan kamu...dan yang patut bertaubat sebenarnya adalah kamu...Bergurulah kepada guru Agama dan bukannya guru parti....

    ReplyDelete
  3. ustaz najib kangkung

    ReplyDelete
  4. Takutlah pada allah

    ReplyDelete
  5. Bangsa umno ni xkan habis2fitnahkan orang ....celik mata saja mula lah !

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.