Sunday, January 5, 2014

Anggap NGO Solidariti Ummah Selangor Ganas Pembangkang Atur Demo Mempertahankan Gereja


Beberapa pemimpin pakatan rakyat dilihat berkumpul bersama-sama dalam satu perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut Kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang.

Mereka melakukan itu kerana kononnya ada ancaman daripada NGO Solidariti Ummah Selangor yang mengumumkan untuk mengadakan bantahan di luar gereja tersebut. Yang paling menyedihkan mereka mempergunakan Marina anak kepada Tun Mahathir untuk mengetuai perhimpunan tersebut.

Tetapi malangnya jangkaan politik mereka ternyata meleset NGO Solidariti Ummah Selangor bukanlah seperti NGO Ubah dimana mereka menyerang pentas di Dataran Merdeka.

Mereka membawa bunga sambil berdiri di hadapan gereja Our Lady of Lourdes yang sedang mengadakan satu upaca agama Kristian.

NGO Solidariti Ummah Selangor tidak pernah mengugut untuk mengancam mana-mana gereja tetapi hanya untuk meminta pengarang penerbitan The Herald, Lawrence Andrew supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya bahawa orang Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah membuatkan kemarahan seluruh umat Islam.

Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang berhimpun di Padang Sultan Sulaiman , bagi mengecam tindakan Paderi Lawrance Andrew yang mahu terus gereja di Selangor menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mereka.

Perhimpunan secara aman yang dihadiri kira-kira 150 orang itu dibuat selepas tempoh permohonan maaf dan menarik balik kenyataan itu yang diberikan kepada Andrew tamat pada pukul 8 pagi tadi.


0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.