Friday, January 31, 2014

"Anwar Jangan Angkuh dan Sombong Anggap Dirinya Menang Besar Di Kajang" - NGO Islam


Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Kajang menasihati Anwar Ibrahim agar jangan terlalu sombong dan angkuh sehingga menganggap dirinya akan menang besar dalam pilihanraya kecil Dun Kajang.


Pengundi di Dun Kajang bukannya bodoh hendak membuat kesilapan kali kedua memilih parti keadilan rakyat sebagai wakil mereka apatah lagi Anwar Ibrahim.

Walaupun beberapa penyokongnya ternasuk Dr Aziz Bari mengatakan kedatangan Anwar Ibrahim ke Kajang akan membawa tuah dan kemakmuran kerana Anwar Ibrahim adalah pemimpin dunia. Namun rakyat Malaysia kini sedar siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, sejak kehadirannya dalam pakatan pembangkang rakyat Malaysia bermusuhan sesama sendiri, ekonomi Malysia jatuh merudum kerana pelabur percaya dengan hasutan Anwar dan kuncu-kuncunya diluar negara.

Agama Islam dipermainkan, bangsa Melayu dibakulsampahkan oleh Anwar Ibrahim sendiri.

Anwar Ibrahim yang juga merupakan Ketua Pembangkang memandang sinis terhadap calon yang bakal diketengahkan oleh Barisan Nasional dan Bebas.

Beliau menganggap pengundi dalam Dun Kajang adalah kepunyaan dirinya dan pkr walaupun tiada apa-apa perkhidmatan yang pkr berikan kepada pengundinya, mereka tetap memilih dirinya.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, Pakatan Rakyat dan Anwar tidak membantu perniagaan kecil dan sederhana di Kajang ketika mereka memegang kuasa dan tidak layak mendapat undi mereka.

"Terdapat banyak kes banyak premis perniagaan kecil dimusnahkan tetapi mereka tidak berbuat apa-apa untuk membantu. Kami dan Umno yang bantu peniaga-peniaga ini," katanya.

Ridzuan menambah bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan percaya ahli kaum Cina dalam parti tersebut dijadikan sebagai 'boneka' oleh Pakatan Rakyat.

Ridzuan turut mempersoalkan mengenai kesanggupan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh untuk berundur bagi memberi laluan kepada Anwar.

"Kita mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menyiasat sama ada terdapat unsur rasuah berlaku dalam perkara ini," katanya.

Kenyataan Ikhlas itu disokong oleh anggota-anggota Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Pertubuhan Social Minda Prihatin dan Persatuan Veteran Tentera Malaysia.

4 comments:

  1. Apelh Ridzuan mamak ni, bila pulak DSAI kata nk menang beso, lu sepatutnya pk guna kepala lututlh sikit ! yg selama melayu berniaga di kwsn DBKL sape perhambat? lu tengok Petaling Street, Umporno cukup jaga peniaga cina, Rezab Melayu bkn ke Umporno gadai kpd cina, Tanah KTM Sentul mcm mane YTL boleh dpt ? ade lu kisah? tiba2 lu kata DSAI bakulsampah org melayu, dh lh lu keturunan kutty selayaknya lu jaga KIMMA je itu pn kalau peniaga cendul sokong lu... pieelah.. ape lu nak Senator ke? gua boleh bagi tau Najib tu pn kalau Kak Ro$ sokong.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari cara kau kutuk si mamak ni, dapat dilihat kau pun sama sombong dan biadap seperti DSAI juga. Manusia lupa daratan. Aku yakin kau masih di takuk lama, tak maju-maju sebab asik nak salahkan orang ajer. Sama macam sebuah parti politik konon berunsur islam yg apapun baik pemerintah buat mesti kutuk.

      Delete
  2. Biar dia angkuh dan sombong nanti pengundi akan tanam dia hidup-hidup di Kajang

    ReplyDelete
  3. kami mahu kerusi MB Selangor diserahkan pada wakil Pas. Sebab sudah terbukti wakik Pkr gagal mentadbir dengan baik.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.