Monday, January 6, 2014

Aseh Buat 'U Turn' Batal Buka Hard Rock Cafe Selepas Bantahan Keras Rakyat Malaysia


Perbadanan Putrajaya tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan untuk membuka cawangan rangkaian kafe dan pusat hiburan Hard Rock Cafe di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu, kata Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat.


Aseh Che Mat yang sebelum itu  Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat mengumumkan HRC akan dibuka di Menara Ikhlas di Presint 3 dalam tempoh empat bulan dari sekarang.

Keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir.

Ini merupakan Hard Rock Cafe yang kelima selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu.

“Ia kononnya akan menjadi tarikan baharu di sini termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson dan juga golongan muda,” katanya.


Akibat daripada cadangan itu beberapa NGO termasuk Perkasa telah membantah pembukaan Hard Rock cafe itu. Isu ini juga telah menjadi topik yang hangat di media-media sosial terutamanya di Facebook dan Twiteer.

Akibat desakan yang bertalu-talu daripada rakyat akhirnya Aseh Che Mat memohon maaf dan seterusnya membatalkan pembukaan Hard Rock cafe di Putrajaya.

Taukeh Hard Rock Cafe Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir bolehlah cari tapak lain untuk membuka cafenya.

2 comments:

  1. apa kata buka HRC dekat Labu, Negeri Sembilan

    ReplyDelete
  2. BOLEH GI BUKA 4/5 CAWANGAN DI KOTA BHARU KELANTAN.NAPER TAK CAYA,TENTU RAMAI PELANGAN.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.