Tuesday, January 7, 2014

Bagaimana Pejuang LGBT Boleh Tersenarai Dalam Ahli MKPN, Tak Kan Perkasa Nak Iktiraf?


Perkasa mengkritik Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional (MKPN) dan menegaskan tidak akan sesekali mengiktiraf pertubuhan tersebut mewakili masyarakat Islam.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata Perkasa mempersoalkan kelayakan segelintir anggota MKPN dengan mendakwa majlis itu tidak layak mengeluarkan kenyataan membabitkan isu agama Islam memandangkan majoriti ahlinya adalah bukan Islam.

Malah, katanya, MKPN bukan saja dianggotai majoritinya bukan Islam tetapi diwakili oleh beberapa panel yang berpendirian liberal dalam soal agama.


Perkasa memberi contoh seperti Ahli Parlimen daripada PAS, Datuk Dr Mujahid Yusuf dan aktivis, Datin Paduka Marina Mahathir dan beberapa lagi ahli MKPN yang dilihat cenderung sokong pembangkang.

"Perkasa daripada awal lagi memang tidak mengiktiraf majlis ini dan menolaknya sama sekali kerana anggotanya bukan Islam malah ada ahlinya biarpun beragama Islam, namun berfikiran liberal.

"Mereka penyokong dan pejuang LGBT, mana boleh disenaraikan dalam majlis yang membincangkan perpaduan sedangkan mereka menyokong kegiatan songsang dan tidak diterima rakyat negara ini yang majoritinya beragama Islam," kata Perkasa lagi.


MKPN dilihat lebih membela kepentingan kaum minoriti daripada kaum majoriti di negara ini.

MKPN juga membelakangkan kuasa raja-raja Melayu apabila mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) namun tidak kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM) yang secara jelas membangkitkan kemarahan masyarakat Islam.

Perkasa juga melihat MKPN sebagai satu lagi ancaman yang bakal memecah belahkan lagi perpaduan rakyat di Malaysia

2 comments:

  1. Saya hairan bagaimana PM Najib boleh terpengaruh dengan penubuhan MKPN ini. Adakah penasihatnya dari PEMANDU yang memainkan peranan. Nampak sangat PM Najib tidak peka akan kehendak majoriti rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Untuk gelaran Marina, saya cadangkan Tun M sendiri memohon majlis raja-raja menarik balik gelaran tersebut kerana ia tidak membantu kepada keharmonian negara. Hanya satu kebanggaan bagi dirinya.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.