Wednesday, January 15, 2014

"Beta Ada Keris Taming Sari dan Tongkat Lang Buana - Kata 'Sultan Melaka'


Nor Jan Shah yang mendakwa dia sebagai sultan Melaka memberitahu pengikutnya supaya jangan risau kerana beliau memiliki keris Taming Sari, tongkat Lang Buana dan pelbagai lagi alat kebesaran warisan Sultan Melaka sebagai bukti beliau sebagai sultan Melaka sebenarnya.

Noor Jan Shah kali pertama menuntut takhta Sultan Melaka ialah pada November 2005. Sejak itu, dia terus mendakwa sebagai Sultan Melaka walaupun dakwaannya itu dinafikan banyak pihak.

Dia mempunyai kes lampau membabitkan Seksyen 420 Kanun Keseksaan pada 2006.

"Jika saya bukan sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini. Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka, tetapi ia tidak diendahkan,” kata Noor Jan.

Dia juga mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857.

Lelaki ini juga pernah menyewa sebuah kereta Rolls Royce yang dijadikan gimik pada majlis pertabalannya.

Polis kemudian mengesahkan kereta itu yang dimiliki oleh sebuah syarikat kereta terpakai menggunakan nombor pendaftaran palsu dan tiada cukai jalan.

Pada bulan September 2013 Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengesahkan bahawa sijil yang diterima kononnya mengiktiraf Noor Jan Tuah sebagai Sultan Melaka adalah palsu. Ini berdasarkan satu surat ICJ kepada pejabat Yang di- Pertua Negeri Melaka memaklumkan perkara tersebut.

1 comment:

  1. Ngape skrg baru kerajaan nk amik tindakan, keujudan beliau dh hampir 9 thn.....difahamkan penyokongnya terdiri dr ahli umporno begitu jugak penerima anugerahnya..... kalau org pembangkang dh lama kena......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.