Wednesday, January 15, 2014

Blogger Ibdillah Minta PMO Ambil Tindakan Terhadap Blogger Pro-Umno


Terlebih dahulu kita nak ucapkan tahniah kepada saudara Ibdillah kerana dilantik oleh Khairy Jamaluddin menantu kepada Pak Lah, menjadi pengerusi biro media baru pemuda umno.

Ketika Ibdillah menjadi pengerusi biro media baru pemuda umno sudah semestinya beliau sudah ada team media baru untuk bersaing dengan media baru pro umno yang bebas tanpa bayaran. 

Ini terbukti apabila timbul satu blog baru yang menghentam blogger pro umno yang selama ini berjuang tanpa penat lelah siang dan malam bagi memenangi BN/Umno. Senang cerita blog baru ini ditugaskan untuk perkecilkan usaha yang selama ini dilakukan oleh blog bebas pro umno.

Blog bebas pro umno terdiri daripada kalangan rakyat marhen yang sayangkan parti umno bukannya pemimpin umno dalam mempertahankan parti tersebut daripada difitnah oleh media pembangkang.

Menurut blogger upahan Ibdillah, halatuju yang dibawa oleh Ibdillah adalah tepat dan berkesan iaitu hanya memfokuskan hanya kepada isu-isu gaya hidup(lifestyle) sahaja. Ini bererti menjawab setiap tuduhan atau sebarang isu yang dibangkitkan oleh pembangkang hanya dengan meletakkan gambar-gambar lifestyle di histagram sahaja seperti dibawah ini.

Histagram Ibdillah


Artikel asal

Menurut blogger upahan ini lagi, menjawab persoalan atau sebarang isu yang dilontarkan oleh pembangkang dengan berpolitik hanya membuang masa kerana banyak perkara lain yang lebih penting perlu dilaksanakan.

Menurutnya lagi terdapat blogger pro-umno yang suka meminta upah setiap kerja yang dilaksanakan dan ada yang suka menjatuhkan pemimpin lain.



Kata blog tersebut meminta Ibdillah dan penasihat di pejabat perdana menteri menggunakan apa sahaja undang-undang untuk memberkas blogger bebas pro umno ini (maksudnya).

Blogger pro umno hanya membawa ancaman bukannya membantu umno pun. 

Tetapi tidak dapat dinafikan bukan semua pemimpin umno yang tidak sukakan media sosial pro umno ini, hanya segelintir sahaja yang menganggap kehadiran media sosial pro umno adalah ancaman kepada mereka untuk 'cari makan'.

Kita tunggu juga bagaimana Ibdillah dan team media sosial yang baru ditubuhnya menjawab isu kangkung yang menjadi popular disemua media sosial.

2 comments:

  1. Biasa lah ahli UMNO yang dayus ini,dengan pro UMNO bloggers mereka BERANI tak kena tempat,tapi bila dengan bloggers pembangkang saman pun di tarik balik. SIAL!!!

    ALFIE

    ReplyDelete
  2. Ramai dah bosan dengan Bloggers Pro UMNO yang mengunakan bahan2 lucah untuk menghentam orang lain. Bahaya nya ialah , ianya sudah pun menjadi satu kebudayaan . Harap blogger pro UMNO yg bebas di tangkap sebelum terlambat dan di sumbat buat seketika supaya masyarakat dapt dididik secara lebih berhemah lagi. Kebudayaan yg dibawa oleh bloggers bebas Pro UMNO adalah amat merbahaya kpd masyarakat.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.