Wednesday, January 15, 2014

Dimana Biro Media Sosial Lifestyle Ketika Perdana Menteri Dikangkungkan Oleh Pembangkang


Rasa muak setiap kali bila buka facebook jumpa isu kangkung, boleh dikatakan isu kangkung ini menjadi isu yang amat penting berbanding dengan kalimah Allah.


Penutupan pusat GiatMara oleh rejim pakatan haram Selangor juga seakan-akan tenggelam. Begitu juga dengan beberapa isu penting yang lain semuanya akibat begitu kuatnya media sosial pembangkang membuat propaganda mereka.

Bukan itu sahaja malah Prof. DiRaja Ungku Aziz juga turut menjadi mangsa fitnah oleh media sosial pembangkang dalam isu kangkung.

Tidak kurang pula ada juga orang umno yang turut serta memeriahkan isu kangkung didalam wall facebook mereka dan ini menambahkan meriah dan hangatnya isu kangkung ini.

Sebenarnya isu kangkung bukanlah satu isu besar kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Sri Mohd Najib hanya mengambil contoh sayur kangkung seperti diblog Unspinner

Verbatim ucapan PM di Kemaman :

...."pada hakikatnya bukan semua barang naik kerana kerajaan."...

" Kalau musim tengkujuh nelayan tak turun ke laut sebab laut bergelora harga ikan naik sebab supply kurang. Ikan kerapu naik harganya. Ikan senangin naik harganya ikan tongkol naik harganya. Apakah itu salah kerajaan ".......

....."kalau lah harga sayuran naik. Sawi naik. Kang kong naik. Ada masa dia naik ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar yg saya baca ada yang turun. Kang kong dulu naik. Sekarang kini dah turun."......

....." Bila turun kenapa tidak puji kerajaan . Masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ada faktor cuaca. Cuaca yg dikatakan susah hendak dijangka"....


..."Fenomena yg di sebut sebagai cuaca extrem. Kepanasan global atau perubahan iklim"..
. 

Apabila Najib diserang hebat oleh tentera siber pembangkang atau jentera maya Pakatan haram dimana briged media sosial Lifestyle yang ditubuhkan oleh biro media sosial pemuda umno.


Blogger Unspinner telah beri masa 60 jam untuk melihat kehebatan biro media sosial pemuda umno dibawah Ibdillah menjawab isu ini. Tapi setakat ini belum nampak tanda-tanda lifestyle menjawab isu ini.
Jentera maya di pejabat Perdana Menteri yang dilaporkan memiliki segala kemudahan juga nampaknya gagal menyaingi kehebatan pejuang pakatan haram yang berjuang hanya dengan sifat kebencian meluap-luap terhadap pemimpin umno.

Kita semua tahu menjelang PRU14 majoriti rakyat Malaysia hanya 
bergantung kepada maklumat di internet dan laman sosial sahaja samada betul atau tidak itu bukan soalnya yang penting mereka tidak ada masa untuk pergi ke kedai membeli surat khabar arus perdana.

Bagaimana Umno hendak menghadapi PRU14 jika isu kangkung pun tidak boleh dijawab?

5 comments:

  1. Bro apa lah sangat isu Pak Ungku di fitnahkan,isu Tian Chua memfitnahkan UMNO sebelum PRU13 pun UMNO BOLEH tutup kes and memaafkan dia. UMNO BOLEH memberhentikan kan BUDAYA memfitnah dan berbohong ini, once and for all oleh pembangkang tetapi UMNO pilih untuk melepaskan dia,jadi jangan komplain lagi kalau mereka masih menerus budaya berbohong dan memfitnah.

    Dan isu kangkong ini kita perlu tanya juga si Ah Jib Kangkong sama ada harga kangkong turun di sebabkan protest TURUN yang di anjur oleh si peliwat Anwar semasa NEW year Eve baru baru ini kah?. Kalau betul kita semua patut berterima kasih kepada protest si peliwat Anwar yang kangkong turun harga!!! hahaha..

    alfie

    ReplyDelete
  2. Jangan lalai dengan isu kangkong. PM dihina begitu terok sekali. JANGAN LUPA KALIMAH ALLAH. JANGAN LUPA GIAT MARA. Pertahankan GIAT MARA .... JANGAN SEINCIPUN TANAH HAK MELAYU DIRAMPAS. Pertahankan sebagaimana mereka mempertahankan Hak Mereka. Bila mereka create issue tentu mereka akan lakukan sesuatu. INGAT DIAKHIR ZAMAN UMAT ISLAM MACAM BUIH..... Jangan jadi buih - dunia belum nak kiamat

    ReplyDelete
  3. Yes it's funny & viral in social media but I think PM shouldn't got stress up. He should join the vibes by making it as a joke but at the same time, mention again the rational of his statement.

    Why don't he come out & makan kangkung belacan in public & make fun of his opposition.... case closed

    ReplyDelete
  4. Menempa kekalahan dgn cara paling mudah. PR bukan hebat mana pun, cuma pantas dgn perang sibernya saja. banyak isu nak pancung PR tp tidak diguna sepenuhnya. Jentera BN ni mcm body kereta ferrari tp enjin kancil. gitu la diibaratkan sekarang ni. nak berlumba dgn kereta remote contol PAS. Baterinya PKR, remotenya DAP. Kalau BN kalah, biarlah kalah dengan terhormatnya, bukan kalah krn PR hebat dgn fitnah. Yer PR mmg pakar fitnah, peniu rakyat tp BN? terlalu banyak dosanya yg perlu dibasuh dgn airmata taubat utk memenangi hati rakyat balik atau melayu UMNO PKR PAS dimaki melayu generasi akan datang

    ReplyDelete
  5. Melayu Mudah Lupa, Sorakan 'Hidup Melayu' bergema di PWTC semasa PAU sebenarnya tiada nilai bagi pemimpin umporno krn pada masa yg sama mrk gadai rezab melayu kpd cina tanpa memikirkan perbuatan mrk lh yg menindas bangsa sendiri, jika PR lakukan mrk meroyan konon nya Pr menindas org melayu kononnya, pada hal mrk dh lama lakukan.... Hancur umporno, sekali umporno tewas maka akan layulah spt di Selangor n Kelantan.......Jom Tolak Umporno....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.