Monday, January 20, 2014

Dua Pegawai PKNS DiKambing Hitamkan Demi Kelangsungan Politik Pakatan Haram Selangor



Dua pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang berada di tengah-tengah kontroversi pengguguran Mohamed Azmin Ali daripada badan itu digugurkan daripada jawatan masing-masing berkuat-kuasa serta merta.

Mereka berdua terpaksa dikambing hitamkan agar kemelut dalaman pakatan rejim pakatan haram dapat disembunyikan kononnya mereka yang bersalah menyingkirkan Azmin Ali bukannya menteri besar Khalid Ibrahim atau pun Teresa Kok.

Menurut sumber tertinggi, Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek sudah dimaklumkan mengenai pertukaran jawatan masing-masing.

Difahamkan langkah itu dibuat berdasarkan arahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berada kini juga di bawah tekanan bagi menjelaskan mengenai pengguguran Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada jawatan ahli lembaga pengarah PKNS.

Abdul Khalid yang sebelum ini menyalahkan PKNS mengenai pengguguran Mohamed Azmin dijadual mengadakan pertemuan dengan kedua-dua individu berkenaan pada Isnin.

Lembaga Pengarah PKNS di jadual akan bermesyuarat hari ini dan Abdul Khalid dijangka hadir.

Isu pengguguran Mohamed Azmin menjadi hangat apabila kerajaan negeri dan PKNS menuding jari antara satu sama lain malah Abdul Khalid pula menyatakan hanya mahu memberikan penjelasan setelah berjumpa dengan pengurusan perbadanan itu pada Isnin.

Pada Sabtu, Abdul Khalid menafikan dakwaan beliau terlibat dalam membuat keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dan menjelaskan perkara itu dicadangkan oleh Othman yang mahu menamatkan khidmat Ahli Parlimen Gombak itu pada penghujung bulan ini.

Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Norita yang memaklumkan kuasa melantik Anggota Lembaga Pengarah adalah di tangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS.

Norita berkata, pengguguran Azmin itu juga disahkan oleh 
MMKN pada  Disember lalu.

Sebagai pegawai apalah kuasa mereka untuk menyingkirkan orang politik seperti Azmin Ali jika tidak ada campurtangan menteri besar Khalid Ibrahim dan Exco kanan Teresa Kok dalam isu ini.

Teresa Kok dan Khalid Ibrahim adalah diantara orang yang bertanggungjawab menyingkirkan Azmin Ali daripada ahli lembaga PKNS.

Difahamkan Khalid yang mempunyai perselisihan faham dengan Azmin Ali dikatakan cuba membalas dendam dengan menggunakan kedudukannya sebagai menteri besar. Beliau juga mempengaruhi Teresa Kok untuk menyingkirkan Azmin Ali dan akhirnya berjaya.

Namun Azmin Ali juga menggunakan platfomnya sebagai Timbalan Presiden PKR terus mengarahkan Khalid agar melantik dirinya semula ke dalam lembaga PKNS.

Demi untuk tidak menampakkan kelemahan pentadbiran rejim pakatan haram di Selangor kedua-dua pegawai PKNS terpaksa dipecat.

2 comments:

  1. Khalid buat itu... Azmin arahkan buat ini... dia salah.. dia tu yang salah ... pong, pang, pong, pang - penyelesaian - pecat pegawai PKNS. Hahaha siot betul. Itulah nasib pegawai kerajaan bila pembangkang mentadbir.

    ReplyDelete
  2. Sape kata kedua2 pegawai di pecat? Admin cuba nk meracun pemikiran org melayu n mengambar penyadbiran PR Selangor bercelaru, jgn kelentonglh admin mungkin ahli umporno senang2 lu kelentong, kami rakyat selangor tau cerita sebenar..... HAPRAK pya Admin.....perosak minda org2 melayu........

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.