Thursday, January 16, 2014

Dun Lubuk Merbau:Wakil Pas Diarah Bayar RM60 ribu kepada Penyandang dan SPR


Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak sekali lagi petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau yang difailkan seorang pengundi serta memintahkan ia dibayar dengan kos.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli ketika membuat keputusan itu berkata petisyen yang difailkan itu mempunyai kecacatan dan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perbicaraan penuh petisyen berkenaan.

Mahkamah turut memutuskan petisyen itu ditolak dengan kos keseluruhan sebanyak RM60,000 dan memerintahkan pempetisyen Mohd Ridzuan Asit yang juga mewakili Pas Lubuk Merbau membayar jumlah berkenaan kepada kedua-dua responden iaitu penyandang kerusi DUN berkenaan yang mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Siti Salmah Mat Jusak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masing-masing RM30,000.

Pada PRU13 yang lalu, Siti Salmah menewaskan calon Pas Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi.

1 comment:

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.