Sunday, January 5, 2014

Fakta : 5,800 Bangunan Terpaksa Diroboh Untuk Luaskan Masjidil Haram


Kerajaan Arab Saudi telah mengambil alih tapak 5,800 bangunan dengan kos berjumlah SR75 bilion (RM65.64 bilion) bagi peluasan kawasan Masjidil Haram di Makkah, menurut pejabat datuk bandar kota suci itu.



Pengambilan tanah terbaru itu termasuk bangunan Hotel Dar Al-Tawhid InterContinental dan bangunan bersebelahannya yang ketika ini merangkumi Hotel Hilton lama di sebelah barat dan selatan Masjidil Haram.

Fasa pertama peluasan Masjidil Haram termasuk kerja-kerja merobohkan 1,150 bangunan dengan kos berjumlah SR33 bilion.

Fasa kedua projek peluasan itu juga antaranya melibatkan kerja-kerja merobohkan 1,150 bangunan, menurut laporan akhbar Arab News, semalam.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.