Monday, January 13, 2014

FAM Pertimbang Ambil Jurulatih Luar Dengan Membayar Gaji RM400,000.00 Sebulan


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)  sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat bekas jurulatih kebangsaan Jepun, Afrika Selatan dan Nigeria, Philippe Troussier untuk menggantikan K Rajagopal sebagai jurulatih Harimau Malaya.

Selain Troussier yang berjaya membawa tiga negara ke Piala Dunia, nama Zdenek Zeman (bekas jurulatih Roma, Itali), Bob Houghton dari England, Rudi Voeller dari Jerman dan bekas jurulatih Singapura Radojko Avramovic turut dikemukakan dalam cadangan tersebut.

Jika benar mereka ini yang akan melatih skuad Harimau Malaya FAM perlu membayar gaji mereka sejumlah RM400,000.00 sebulan dan lebih RM4 juta setahun.setahun lebih.

Troussier, 59, yang berasal dari Perancis dianggap calon pilihan berdasarkan reputasi hebatnya ketika membimbing skuad kebangsaan Ivory Coast, Nigeria, Burkina Faso, Afrika Selatan, Qatar dan Jepun, selain membimbing pasukan kelab seperti Marseille, FC Ryukyu dan Shenzen Ruby.

1 comment:

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.