Monday, January 20, 2014

Gambar yang Diharamkan Dalam Harakah dan Suara Keadilan


Saya cuba bersangka baik terhadap segelintir bukan Islam (Kristian, termasuk Sikh) yang mahu menggunakan kalimah Allah, namun hati kecil saya menolak. Ini berasaskan kepada pengalaman pernah menjadi Kristian suatu ketika dahulu. Ada segelintir daripada mereka tidak pernah ikhlas. Mereka mahu memesongkan umat Islam di negara kita sebagaimana kejayaan mereka di Indonesia.

Justeru, suka atau tidak, umat Islam mesti mempertahankan kalimah Allah yang maha suci ini. Saya tidak menolak dari segi teologi, kata-kata beberapa pemimpin PAS dan lain-lain penceramah yang mengatakan, kita perlu berbangga orang lain mahu menggunakan kalimah ALLAH. Adakah iman kita begitu lemah sehinggakan penggunaan tersebut akan memurtadkan kita? Kita berasa malu jika begitulah keadaannya? Inilah kata-kata mereka dan beberapa yang lain.

Lagipun pula, sepanjangan kajian saya, pengasas agama Sikh, Guru Nanak, bermajikan orang Islam. Justeru, tidak mustahil jika ada sedikit persamaan agama Sikh dengan Islam, termasuk penggunaan kalimah Allah oleh Sikh. Saya faham itu semua.

Cuma, saya mohon mereka yang berkata sedemikian, dapat menyelami hakikat perancangan busuk segelintir pemimpin bukan Islam ini. Berdampinglah dan dapatkan pandangan daripada NGO-NGO berpengaruh di negara ini seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), ABIM, ACCIN, ISMA dan sebagainya. NGO-NGO ini sudah masak dan sangat faham dengan perancangan licik mereka untuk menghancurkan Islam.

Mereka sedang menangguk di air yang keruh. Mengambil kesempatan ketika umat Islam berada dalam keadaan lemah. Dahulu, mereka langsung tidak berani. Kenapa hari ini mereka begitu bersemangat? Jawapannya mudah, kerana adanya sikitol dan mandaliar kalangan umat Islam sendiri yang bersekongkol dengan mereka. Hatta, sehingga begitu berani mencabar kewibawaan Sultan.

Sultan Selangor sudah beberapa kali bertitah bahawa kalimah Allah adalah hak mutlak umat Islam di negeri jajahannya. Kenapa masih tidak faham? Kenapa masih mahu berebut Allah? Orang Kristian tidak ada rugi satu sen pun jika tidak menggunakan kalimah yang tidak pernah digunakan selama ini, kecuali di Sabah dan Sarawak? Kenapa sekarang begitu beriya-iya?

Selama inilah juga komunikasi sesama mereka tidak pernah menggunakan bahasa Melayu sebagai medium. Cina bertemu Cina akan bercakap menggunakan bahasa Cina. Begitu juga dengan India. Kenapa hari ini tiba-tiba mereka begitu sibuk mahu menggunakan bible dalam bahasa Melayu? Pergikah ke rumah mereka buat kajian berapa banyak buku, akhbar atau channel bahasa Melayu yang dibaca dan ditonton. Boleh dikatakan langsung tiada. Kenapa hari ini mereka mahu menyimpan naskah bible bahasa Melayu?

Jawapan saya mudah, mereka mahu mengKristiankan orang Melayu, terutama Melayu yang tidak ada pendirian dan goyah akidahnya. Pengalaman di Indonesia sudah membuktikan. Mereka mahu mengulangi kejayaan ini.

Mereka mencabar kita supaya mengemukakan bukti. Berapa banyak lagi bukti yang dimahukan? Adakah kita sudah lupa percubaan guru tuisyen mengkristiankan pelajar Muslim yang mendapat tuisyen di rumahnya? Begitu juga dengan peristiwa Aishah Bukhari dan Azlina Jelani atau Lina Joey. Jika mereka ikhlas, pulang manusia ini ke pangkuan keluarganya. Ke manakah disoroknya? Jika pun mereka secara sukarela memeluk Kristian, apapun ia tetap bertentangan dengan undang-undang.

Jika benarlah dakwaan mereka bahawa Allah itu milik mereka, sekurang-kurang fikirkanlah soal sensitiviti umat Islam negara ini. Kalimah Allah adalah sesuatu yang amat sensitif kepada majoriti Melayu Islam meskipun mereka tidak atau kurang beramal dengan Islam.

Hargailah toleransi orang Melayu selama ini. Misalnya, isu rumah ibadat agama-agama lain. Kenapa kerajaan membenarkan gereja tersebut di Asia dibina di Bukit Jalil? Begitu juga dengan rumah ibadat bukan yang begitu banyak berbanding surau masjid berpuluh kali ganda.

Kadangkala tidak masuk akal dalam lingkungan satu kilometer, terdapat 8 buah rumah rumah ibarat. Lebih dahsyat lagi, jalan yang lulus terpaksa dibengkokkan menjadi bahaya, semata-mata kerana toleransi memberi laluan kepada tertegaknya rumah ibadat. Sedangkan tidak jauh dari situ sudah ada rumah ibadat mereka.

Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya jika bukan mahu mengubah identiti negara ini menjadi negara bukan Islam? Pendek kata, memang terdapat percubaan untuk mengubah identiti negara ini? Jika itu berjaya maka, tidak ada lagi beza antara Malaysia dengan negara-negara bukan Islam yang lain.

Sebenarnya, hari ini, negara kita semakin cair nilai-nilai keIslamannya. Identiti jawi boleh dikatakan hampir tiada kecuali di negeri seperti Kelantan dan Terenganu yang masih bertahan. Ada sebuah sekolah menengah missionari Kristian yang diserahkan kepada kerajaan di Bukit Mertajam yang mana pihak sekolah telah menulis jawi ke atas nama sekolah tersebut. Bekas pengelola Kristian telah menulis surat kepada pengetua sekolah tersebut, supaya membuang tulisan jawi tersebut. Begitulah liciknya mereka.

Sudahlah masjid dan surau sebagai lambang syiar Islam tidak banyak, identiti jawi semakin pupus, bandar-bandar hidup 24 jam mengalahkan bandaraya bukan Islam, jika kalimah Allahpun tidak dapat dipertahankan, apakah lagi identiti yang tinggal kepada umat Islam di negara ini?

1 comment:

  1. Mempertahankan kalimah ALLAH hanya untuk agama Islam adalah JIHAD wajib untuk SEMUA rakyat Islam di Negara Malaysia. Walaupun JIHAD ini tidak guna kekerasan, JIHAD mesti diteruskan secara diplomasi, persuasion dan perundangan, dan akhir authority. Walaupun kekerasan bukan satu opsyen, dalam Al-Quran membenarkan peperangan sekiranya perlu untuk mempertahankan akidah dan agama Islam. KENAPA hanya segelintir golongan umat islam yang kehadapan untuk berjihad? Di mana parti yang perjuangkan islam? Malang nya puak ini sanggup "JUAL" kalimah suci ALLAH kepada orang kafir demi untuk dapat undi; tidak lah mengapa rakyat diseleweng-murtad dengan guna kalimah ALLAH asalkan mereka dapat undi untuk takluk Putrajaya. Semoga ALLAH turun kan hukuman berat kepada mereka. Persoalan juga kenapa pihak berkuasa begitu perlahan untuk mengambil tindakan walaupun mahkamah telah memutuskan kalimah ALLAH hanya untuk agama Islam? Dan tindakan JAIS tidak dapat sokongan dari parti yang menjaja Islam dan kerajaan persekutuan? KENAPA? KENAPA? KENAPA? Sampai bila? Jangan di biarkan api yang kecil merebak menjadi api besar yang menganas sehingga tidak terkawal.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.