Sunday, January 12, 2014

Guan Eng Cabar SPRM Siasat Syarikat Bekal Kereta Mercedes- Benz S300L


Lim Guan Eng hari berani mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap syarikat yang menjual kereta mewah Mercedes-Benz S300L bernilai RM657,218.

Menurut Lim, beliau dan syarikat tersebut akan memberi memberikan kerjasama sepenuhnya mengenai isu pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasminya baru-baru ini.

"Kami mencabar pihak SPRM membuat sebarang siasatan kerana kerajaan negeri melaksanakan urus tadbir yang bersih dan tidak ada sebarang unsur yang perlu disembunyikan," katanya

Sebelum ini Lim mempertahankan keputusan majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk membeli Mercedes-Benz S300L sebagai kereta rasmi beliau dengan harga RM298,263.75 berbanding harga biasa iaitu RM657,218.


Rakyat mempertikaikan apa kaitan syarikat itu atau individu yang terlibat dalam menjual kereta itu kepada Guan Eng. Apakah syarikat/individu tersebut akan memperolehi kontrak lagi daripada Guan setelah mengurangkan harga kereta tersebut.


0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.