Saturday, January 25, 2014

Harakah Padang Sinis Isu Pelajar Islam Disuruh Makan Rumput Oleh Guru Kafir


Harakah merupakan lidah rasmi parti Pas yang didominasikan oleh Islam liberal. Matlamat mereka hanya satu iaitu 'membunuh' politik umno sahaja. Waima sesiapa sahaja yang akan jadi pemerintah mereka tidak fikirkan.

Dalam isu dua pelajar Tahun 4, SJK (C) Khai Meng yang dihukum memakai loceng dan makan rumput seperti lembu takut dan fobia hendak ke sekolah selepas kejadian itu, harakah sedikit pun tidak membuat sebarang liputan.

Bagi mereka jika laporan dibuat ini akan mengurangkan sokongan puak kafir kepada parti Pas.

Kedua-dua mangsa didera oleh guru Bahasa Inggeris yang melaksanakan hukuman yang disifatkan keterlaluan dan tidak beretika.

Harakah lebih gemar menyerang Perdana Menteri seolah-olah seperti ada tangan ghaib dibelakangnya yang memberi arahan agar serangan perlu dibuat bertubi-tubi.


Contohnya dalam isu kangkung sahaja harakah membuat 12 posting mengutuk perdana Menteri. Sementara mengutuk umno hampir setiap hari adalah wajib.

Bagi mereka jika tidak mengutuk umno mereka tidak akan lena tidur dan makan pun tak kenyang. walaupun mereka tahu memfitnah dan membuka aib seseorang adalah berdosa bagi umat Islam tapi demi untuk berkuasa dan demi dendam terhadap umno mereka persetankan semua itu.

Itulah perangai portal parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan sekarang ditukar kepada memperjuangkan kebajikan sahaja.

1 comment:

  1. Hai Admin yg mike dendam dgn DSAI n Nik Aziz , LGE tu tak berdosa ke? mcm2 mike kata buruknya mrk.....ckp guna kepala lutut le sikit !

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.