Saturday, January 18, 2014

Inilah Jadinya Bila Bible Diagungkan AlQuran Dijadikan Sampah Oleh Kerajaan PR Selangor




Kerajaan Pakatan Haram di negeri Selangor sibuk mempertahankan Persatuan Bible Malaysia apabila bible berbahasa Malaysia telah dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS).

Malah pemimpin Pas juga turut mempertahankan penganut Kristian dengan harapan nanti bila tiba hari mengundi semua penganut Agama Kristian akan mengundi mereka.

Dalam mereka sibuk mempertahankan bible mereka terlupa AlQuran telah dihina sebegitu rupa.

Gambar diatas adalah kejadian yang berlaku di Jalan Besar Hulu Bernam apabila ada individu telah membuang Alquran seperti sampah. 

Adun Hulu Bernam YB Dato Rosni Sohar telah membuat laporan polis di balai polis Ulu Bernam diatas tindakan biadap ini. Dimaklumkan longgokan sampah bersama naskah Alquran ini telah dibuang dihadapan rumah Ketua Umno Cawangan Hulu Bernam Haji Shahril.



Di samping itu, saya sertakan sedikit info tambahan yang dikemukakan oleh Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, seorang ilmuan dalam bidang hadis.

Beliau juga merupakan bekas Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan bekas Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan serta penulis Tafsir Pimpinan Muttaqin.

Beliau turut memperkatakan tentang tatacara melupuskan naskahAl-Quran di dalam bukunya yang berjudul Islam & Manusia 1001 Kemusykilan,iaitu pada mukasurat 89. Buku ini sangat bagus, kerana ia ditulis oleh seorang ilmuan hadis yang terkenal di Malaysia, jadi saya syorkan sahabat agar membelinya sebagai koleksi dan sebagai bahan rujukan.

Sebenarnya ia sama sahaja dengan kaedah yang dikemukakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, Cuma ada sedikit tambahan. Tentang kaedah membasuh tulisan, beliau sertakan kaedah sampingan untuk memuliakan Al-Quran iaitu air basuhannya hendaklah dibuang ke tempat-tempat yang terhormat seperti di laut atau sungai-sungai besar.

1 comment:

  1. Ini mesti kerja anak2 buah Ketua Umporno Ulu Bernam, ape ade kena mengena dgn kerajaan PR pya lah HAPRAK ADMIN , mangkok ayun pulak tu......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.