Monday, January 13, 2014

Jais Dapat Pengarah Baru


Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS)telah menerima Pengarah baru apabila Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan watikah perlantikan kepada Ahmad Zaharin selaku Pengarah JAIS yang baharu berkuatkuasa 1 Januari sehingga 31 Disember nanti.

Baginda juga berkenan melantik Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Ahmad Zaharin Mohd. Saad selaku Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkuatkuasa 2 Januari lalu.

Turut hadir menyaksikan istiadat pelantikan adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi; Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa, Ahli-ahli Dewan Diraja dan ketua-ketua agensi kerajaan negeri di Istana Kayangan, di sini, hari ini.

2 comments:

  1. Yang tu ana suka sangat kat Tuanku Sultan Selangor. FAST and FIRM.

    SAJA ANA NAK PERINGAT JE...masjid Diraja Sultan Alaiddin Sulaman Shah di Kuala Langat PERLU PEMBAIKAN di bahagian LADIES SECTION . Agak Daif...

    Ampon tuanku...

    ....Abu Ahmad....

    ReplyDelete
  2. Kalau arwah Ahmad Jais masih hidup tentu beliau sokong keputusan tuanku.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.