Thursday, January 9, 2014

JAIS Enggan Patuh SOP Ciptaan DAP Selangor Dan Mengekalkan SOP Yang Ada


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan tunduk atau akur Prosedur Operasi Standard (SOP) ciptaan pemimpin Dap sebaliknya terus mengekalkan SOP penguatkuasaan jabatan itu yang sedia ada.

Ini ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Setia Mohamad Adzib Isa kerana perkara ini membabitkan bidang penguatkuasaan yang merupakan bidang kuasa JAIS.

“Perkara ini membabitkan penguatkuasaan dan JAIS tertakluk di bawah kuasa MAIS manakala MAIS berada di bawah bidang kuasa Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri, jadi JAIS tidak perlu akur dengan SOP baru seperti yang dikatakan pihak kerajaan negeri semalam,” katanya.

Terdahulu, Adzib dalam kenyataan MAIS menegaskan bahawa JAIS tidak perlu untuk memaklumkan sebarang tindakan kepada mana-mana pihak kerana boleh menganggu proses penyiasatan yang akan dilakukan.

Penegasan ini diambil setelah serbuan yang dijalankan JAIS terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) minggu lalu yang merampas kira-kira lebih 300 bible versi Bahasa Melayu dan Iban mengundang pelbagai reaksi.

Serbuan itu dijalankan berdasarkan aduan orang ramai apabila dipercayai melanggar Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988.

MAIS juga menegaskan bahawa tindakan JAIS bukan atas dasar cetakan Bible berkenaan di dalam versi Bahasa Melayu tetapi atas dasar Kalimah Allah telah digunakan di dalam bible berkenaan dan ini mengundang kepada satu jusitifikasi siasatan bagi mengenal pasti sama ada berlaku satu kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen 1988,” katanya.

3 comments:

  1. Setuju 100% dengan ketegasan MAIS. Khalid gagap..kau jangan jadi balaci DAP.

    ReplyDelete
  2. pergi jer mengadap sultan..biar sultan buat kenyataan rasmi nanti...mb dah kena basuh dengan puak DAP

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah...Tabahkan hati dan kekuatan...jangan lemah...atau kelihatan lemah...Insyaalah Allah akan bantu. Kalu tindakan terpaksa beritahu exco terlebih dahulu.....baik tak payah buat kerja penguatkuasaan...dah tentu dihalang...atau disabotaj...oleh penyokong kafirun...Itulah rupanya PAS...abuk pun tadak...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.