Monday, January 13, 2014

Keadilandaily Tuduh Rosmah Biaya Filem Anak Di Hollywood


Inilah kesannya jika saman fitnah terhadap portal Keadilandaily ditarik balik sehingga memberi ruang yang seluas-luasnya bagi mereka untuk mencipta fitnah baru.

Samada betul atau serkap jarang itu belakang cerita, janji cerita itu menarik perhatian dan yang amat penting menjadikan rakyat benci kepada pemimpin Umno/BN.

Jika fenomena ini dibiarkan rakyat mengganggap berita itu adalah benar dan seterusnya melahirkan sifat kebencian dikalangan rakyat terhadap kerajaan.

Keadilandaily hari ini melaporkan bahawa produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz dikatakan telah mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio.

Bagaimanapun, persoalan timbul berikutan spekulasi media mendakwa filem itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.

Sebelum ini 
Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusof memutuskan menarik balik saman fitnah terhadap Tian Chua.

Umno bersetuju menarik balik saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas Tian Chua menjelaskan pandangannya dan rela menarik balik artikel dalam akhbar portal  PKR Keadilandaily.

5 comments:

  1. Ini menunjukkan betapa bodohnya Najib.
    ISA telah dihapuskan.
    Tian Chua telah dimaafkan.
    Ini semua memberi implikasi bahawa Najib telah menjadi liability kpd Malaysia. Rakyat berpendapat bhw Najib sendiri ada banyak salahlaku yg umum diketahui oleh Pakatan Rakyat yg dgn mudah boleh mengugut PM utk mengikut cakap mereka.
    Spt mana Pak Lah telah didesak utk meletak jawatan utk menyelamatkan negara, Najib haruslah diturunkan secepat mungkin sebelum NASI MENJADI BUBOR.

    ReplyDelete
  2. Dulu bila Pak Lah dapat hanya 140 kerusi Parlimen ramai pemimpin umno berkumpul ramai-ramai desak Pak Lah letak jawatan kononnya Najib akan dapat lebih daripada itu, tetapi bila masa Najib hanya peroleh 133 kerusi sahaja kenapa tak desak Najib letak jawatan

    ReplyDelete
  3. Samada Najib ada rancangannya sendiri atau dia dah lost control! Rasanya lebih dari lost control. Baik letak jawatan. UMNO tarik balik saman, yg malunya semua orang UMNO. Baik buat parti baru. Set Najib ni 99% Pak Turut yang pentingkan diri sendiri. Buat statement pun macam budak darjah 6. Bingai tahap gaban!

    ReplyDelete
  4. Kalo saman laporan cincin 70 juta ...dah boleh dapat duit saman 1000 juta. ... macam-macam boleh buat. budus...

    ReplyDelete
  5. Mmg Najib 'Lost Control' dgn kak Ro$ sorang pn kita dh tau ape lagi tadbir negara cuma belum ' Los Kontol' aje..... he3

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.